Pelakon Abby Abadi berkongsikan tidak mudah untuk membesarkan anak-anak selepas berpisah dengan bekas suaminya apatah lagi ketika cahaya matanya masih kecil. Menerusi perkongsian di TikTok, Abby bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana ketika itu ada arwah ibunya serta keluarga yang membantu untuk menjaga anak-anak. “Bila mama papa berpisah waktu anak-anak masih kecil, bukan senang sebenarnya untuk dilalui kerana meraka tidak faham apa-apa ketika itu. “Untuk menjaga dan mendidik mereka ini menjadi manusia yang kenal diri menjadi hamba Allah. Bersyukur masa anak-anak kecil, ada arwah mak, ayah, abang, dan kakak yang tolong jaga sama-sama.
“Ada kawan baik yang selalu sudi teman kemana-mana saja. Tak mudah tapi Alhamdulillah. Saya ada Allah. 17 tahun berlalu. “Sekarang Danish dah 22 tahun, Dania dah masuk 20 tahun dan baby Danisha nak masuk 17 tahun. Bila imbas kembali, banyak hal-hal hebat yang saya lalui,” katanya. Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf kepada anak-anaknya seandainya dia tidak cukup sempurna sebagai ibu. “Maafkan mama tak cukup sempurna untuk jadi mama yang hebat. Yang boleh buat semua perkara, yang boleh selesaikan semua hal. Terima kasih Allah,” katanya. Sumber – Rotikaya |
ADVERTISEMENT