CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Semua Kasut Saya Yang Tidak Dipakai Terjual Dalam Masa Sehari” - Nora Danish

6-6-2025 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 468| Komen: 1



Sebelum ini, pelakon Nora Danish mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tinggi berjenema miliknya selepas sedar akibat menyimpan barang yang tidak digunakan.

Memetik Oh Bulan, Nora berkata semua kasut miliknya yang tidak dipakai sudah pun terjual dalam masa sehari oleh pengikutnya di media sosial.

“Semua kasut-kasut saya yang tidak dipakai sudah terjual, dalam masa sehari sahaja. Tak sangka, ramai pula yang berminat untuk beli kasut-kasut saya,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia tidak sangka perkongsiannya yang mahu menjual kasut selepas memahami maksud surah al-Hutamah menjadi bualan ramai.

Menurut Nora, niat perkongsiannya itu adalah untuk berkongsi ilmu mengenai golongan yang dihumban ke dalam neraka kerana  terlalu mengutamakan harta dunia.

“Saya tak sangka perkongsian saya itu menjadi viral. Niat saya berkongsi dengan niat baik, supaya orang-orang di luar sana tahu jika ada kasut yang tak pakai boleh dijual atau disedekahkan.


“Sejak saya masuk kelas tadabbur yang mana kelas ini mengajar kita untuk lebih memahami Quran. Apa yang saya pernah belajar saya akan ulang kaji semula di rumah.

“Sebab itu lah saya terbaca semula fasal neraka al-Hutamah iaitu sebuah neraka khas untuk mereka yang suka mengeji, mengumpat dan mengumpal harta,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata selepas menjual kasut, selepas ini dia akan menjual atau sedekahkan koleksi jubahnya pula.

Sumber – OhBulan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jijahjidinjudin 6-6-2025 09:25 AM
Alhamdulillah ...syg nora danish..smga istiqamah sayang❤️????mkin cntik mnjk bhijrah..subhanallah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.044306 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top