CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu MPV nahas ragut nyawa 3 pelatih IKBN ditahan

6-6-2025 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2886| Komen: 21

 


ALOR SETAR – Polis menahan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang terlibat kemalangan meragut nyawa tiga remaja di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pemandu lelaki terbabit ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 135LC yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang MPV berkenaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

“Pada masa sama, motosikal Yamaha Y16ZR yang datang dari arah belakang gagal mengelak dan melanggar motosikal Yamaha 135LC tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut di lokasi kejadian. Seorang lagi pembonceng mengalami patah kaki dan kini dirawat di zon kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambahnya, pemandu MPV dan tiga penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberikan maklumat di Balai Polis Trafik Kota Setar atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Lukmanul Hakim Mohd Fauzi di talian 04-7321222 atau 013-9964614,” ujarnya.

Mangsa yang maut merupakan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, iaitu Muhammad Arif Aifan Derani, Muhammad Fahmi Jamel dan Muhammad Habil Mohd Sobri yang kesemuanya berusia 19 tahun.

Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Adib Aiman Mohd Hasani masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 6-6-2025 08:13 AM
Kesian nak raya aji , anak siapa lah yang meninggal accident pulak
Quote prettyuglybabe 6-6-2025 10:23 AM
laju sangat ke sampai tak alert ada kereta kat lorong kecemasan..
Quote Piramida 6-6-2025 10:38 AM
Mcmana tak nampak ada kereta dpn?
Atau ilusi mata ingat kereta tu sedang bergerak?
Quote airfilterkotor 6-6-2025 11:44 AM
Mengekor belakang kenderaan lalu memotong belah kiri pun boleh jadi kes² gini.
Quote Decaffeinated 6-6-2025 03:05 PM
Kenapa nak tahan pemandu MPV tu? Tahan berapa lama?

Quote jazaa100 6-6-2025 03:16 PM
Decaffeinated replied at 6-6-2025 03:05 PM
Kenapa nak tahan pemandu MPV tu? Tahan berapa lama?

Klu accident yg mnyebabkn maut, memang kena thn dulu....sekurang²nya 1hari, tak kira sapa salah, yg hidup kena tahan
Quote sukacactus 6-6-2025 03:44 PM
Sian. Br seronok2 nak blk kg
Quote Decaffeinated 6-6-2025 03:47 PM
jazaa100 replied at 6-6-2025 03:16 PM
Klu accident yg mnyebabkn maut, memang kena thn dulu....sekurang²nya 1hari, tak kira sapa salah,  ...
Ohh. Baru tau.
1 hari tak perlu perintah reman kan?

Quote bpbbppbp 6-6-2025 03:52 PM
Edited by bpbbppbp at 6-6-2025 03:54 PM

Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga brsama org briman. Lju sgt kot bawa moto smpai xprasan
Quote ulamalu 6-6-2025 03:54 PM
Bahaya juga berhenti lorong kecemasan ni.  Byk kes dah.  Nak tanya yg bawa motor, mmg x nampak ke lori atau kereta yg besar tu ke?
Quote Prickford 6-6-2025 04:07 PM
Decaffeinated replied at 6-6-2025 07:47 AM
Ohh. Baru tau.
1 hari tak perlu perintah reman kan?

24 jam utk siasatan. Kalau setel, lepas dgn jaminan polis. Kalau tak setel dlm 24 jam, polis akan mintak reman.
Quote airfilterkotor 6-6-2025 04:13 PM
ulamalu replied at 6-6-2025 03:54 PM
Bahaya juga berhenti lorong kecemasan ni.  Byk kes dah.  Nak tanya yg bawa motor, mmg x nampak ke lo ...

Nampak. Dari jauh dah boleh nampak... cuma kengkadang dari jauh 200 meter terasa macam kenderaan tu bergerak walhal sebenarnya tidak. Dah dekat baru perasan.
Atau mengelamun atas motor. Dok pikir mende lain.
Kereta pun ada juga yang sondol lori rosak tepi jalan. Punya besar lori tu, kena hentam juga.

Fokus, tau menjangka jarak dan kelajuan.
Quote Apoo 6-6-2025 04:57 PM
Decaffeinated replied at 6-6-2025 03:05 PM
Kenapa nak tahan pemandu MPV tu? Tahan berapa lama?

Klu tak salah aku, mmg menjadi kesalahan klu berhenti kat lorong kecemasan kecuali utk kes2 kecemasan. Sbb tu kot polis tahan nak soal siasat.

Klu berhenti sbb kerosakan, seeloknya pasang yg triangle kecemasan tu bebrp meter sebelum kenderaan.
Quote jazaa100 6-6-2025 07:13 PM
Decaffeinated replied at 6-6-2025 03:47 PM
Ohh. Baru tau.
1 hari tak perlu perintah reman kan?

Kwn aku kat traffic light, jln dia memang hijau, tetiba motor dari kiri pi rempuh keta dia, salah budak tu lah sbb lampu merah dia jln....budak tu masuk hosp....kwn aku pi buat report....
Polis kata, pi tgok budak tu....klu dia meninggal, awak kena masuk lokap hari ni....klu tak, ok lahhh....

Baru aku tau, klu accident ada yg meninggal memang kena masuk lokap
Quote mrseller 6-6-2025 08:13 PM
jazaa100: Kwn aku kat traffic light, jln dia memang hijau, tetiba motor dari kiri pi rempuh keta dia, salah budak tu lah sbb lampu merah dia jln....budak tu mas ...

ke jadah polis nak suruh p melawat? kalau mati dia pegi melawat tak masuk lokap ka?

Quote Decaffeinated 6-6-2025 09:39 PM
Apoo replied at 6-6-2025 04:57 PM
Klu tak salah aku, mmg menjadi kesalahan klu berhenti kat lorong kecemasan kecuali utk kes2 kecema ...

Soalan aku kenapa tahan lokap. Ada forummer bagi pencerahan, sebab ada kematian.

Quote shernazz 7-6-2025 06:11 PM
Sebab tu kalau brenti kat lorong kecemasan..kena letak tanda amaran segi tiga tu...jauh lagi pung takpe..alert untuk sapa sapa lalu tu...tau ada kereta brenti di hadapan...

Sementara tunggu pihak hiway nak letak kon..

Peringatan la buat kita semua, standby benda tu .
Benda nak jadi bukan bolrh jangka
Quote imanjannah 7-6-2025 07:03 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Quote Dewa19XKangen 7-6-2025 08:48 PM
kalo keta x rosak setakat nak buat ootd ngan glamer media sosial tangkap pemandangan padi baik tangkap ja depa? celaka boleh.. dah nak exit dah pun.. yang budak pun satu.. siang hari pun boleh p langgar.. patut bukan ampa langgar.. bagi treler yang langgar keta tu..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036784 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top