CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umat Islam berpecah akibat fahaman sempit - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

6-6-2025 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 938| Komen: 1



ARAFAH – Ibadah haji merupakan medan penyatuan yang agung serta simbol kesatuan sejagat yang berupaya mengembalikan kekuatan umat Islam sekiranya dihayati dengan keinsafan dan kefahaman yang mendalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menerusi khutbah Arafah bertajuk Seruan Tauhid dan Kesatuan Umat berkata, umat Islam di seluruh dunia kini berdepan pelbagai bentuk perpecahan akibat fahaman sempit, kepentingan diri dan semakin hilangnya semangat ukhuwah.

“Tiada pangkat, tiada kasta, tiada kemegahan dunia dan yang tinggal hanyalah dua helai kain putih, dan hati yang tunduk kepada Ilahi. Di sinilah Islam memansuhkan diskriminasi dan menegakkan keadilan sejati bahawa nilai seorang insan bukan pada rupa atau harta, tetapi pada takwa dan amal soleh.

“Ibadah haji turut membawa maqasid sosial yang penting iaitu menyatukan hati umat Nabi Muhammad SAW demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ummah.


“Umat Islam turut diseru agar menghayati nilai-nilai luhur yang dituntut sepanjang menunaikan ibadah haji demi memastikan ibadah yang dilaksanakan bukan sahaja sah, tetapi juga memberi kesan mendalam kepada pembentukan akhlak dan peribadi,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jemaah agar memperbanyakkan istighfar dan menjadikan ibadah haji sebagai titik tolak kepada perubahan diri ke arah menjadi hamba yang kembali kepada fitrah, penuh keinsafan dan ketakwaan kepada Allah SWT

Beliau turut menyeru jemaah haji agar sentiasa menjaga keselamatan diri, harta dan keluarga agar tidak cuai sehingga menjejaskan keseluruhan ibadah.

“Selain itu, jemaah juga diingatkan supaya menunaikan hak sesama manusia dengan bersikap toleransi dan saling bantu-membantu serta menghindari sebarang bentuk perbalahan kerana dikhuatiri akan merosakkan roh haji,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, kesemua 31,600 jemaah Malaysia berwukuf di Arafah semalam sebagai kemuncak kepada perjalanan ibadah haji.

Selepas berwukuf kesemua jemaah akan singgah atau bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina sehingga Isnin (13 Zulhijjah).

Selepas selesai dengan ibadah tersebut, jemaah negara bakal kembali ke Mekah untuk tawaf, sai dan tahalul sebelum ibadah haji mereka lengkap.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-6-2025 10:07 PM
Allah Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah Saw.




بسم الله الرحمن الرحيم

     'Amir bin Said dari bapaknya berkata bahawa "Satu hari Rasulullah Saw telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah Saw sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun terut solat bersama dengan baginda."

     Kemudian Rasulullah Saw berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah.

     Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud "Aku telah memohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu cuma Dia memperkenankan 2 perkara sahaja 1 lagi ditolak"

Aku telah memohon kepada Alah supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjagan. Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (sepeti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah ditolak.

     Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya.


"Ya Allah jauhilah kami di seluruh dunia daripada bergaduh sesama muslim."

Aamiinn ya Robalaalamin.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.030421 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top