CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz, pengamal perubatan Islam bantu jejak Gemuk, budak OKU hilang

6-6-2025 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1712| Komen: 15

 


MELAKA – Ustaz dan pengamal perubatan Islam turut hadir menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, atau ‘Gemuk’ yang dilaporkan hilang di Kampung Permatang Pasir di sini.

Difahamkan individu terbabit hadir ke lokasi sebagai salah satu ikhtiar dilakukan susulan pencarian secara konvensional termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menemui sebarang petunjuk.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati ahli keluarga mangsa turut menghargai bantuan yang diberikan ekoran terdapat dakwaan bahawa dua kolam terbiar di kawasan hutan berkenaan dikatakan agak ‘keras’.

Salah seorang waris mangsa, Muhamad Hambali Jahaya, 25, berkata, mereka sekeluarga juga tidak menolak kemungkinan terdapat gangguan lain yang menyukarkan misi tersebut.

“Saya dah 25 tahun menjalani kehidupan di kawasan ini malah, orang tua-tua kampung pun ada pesan supaya jangan berada di kawasan ini selepas pukul 7 petang dan kami pun memang tak berani.


“Semalam pun bila abang saya azan kira-kira pukul 10 malam, lembu yang hilang tiba-tiba ada tengah kolam sedangkan kami dah lihat kolam terbabit sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Setakat ini operasi SAR masih diteruskan melibatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM, pasukan K9 serta orang kampung masih diteruskan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-6-2025 09:15 AM
Edited by B40tastePosh at 6-6-2025 09:17 AM

Yang aku pelik , kenapa Sabak Bernam elok je redup je sejuk.

Dalam tiktok, facebook ramai complain panas di tempat mereka.
Quote Decaffeinated 6-6-2025 10:38 AM
B40tastePosh replied at 6-6-2025 09:15 AM
Yang aku pelik , kenapa Sabak Bernam elok je redup je sejuk.

Dalam tiktok, facebook ramai complain  ...

Ummah TT fb banyak dosa. Sabak Bernam ramai orang beriman.
Quote hart_attack 6-6-2025 10:40 AM
Gemuk dh jumpa kan,blakang rumah dkt semak
Quote BungaKencana 6-6-2025 10:45 AM
kwn aku ckp dia termasuk kt port bunian..
Quote A-Are 6-6-2025 10:49 AM
kejamnya awat panggil dia gemok...nama sedap2
Quote kotakbaju 6-6-2025 06:47 PM
Dh jumpa ke ni
Quote slavehunter 6-6-2025 06:51 PM
B40tastePosh replied at 6-6-2025 09:15 AM
Yang aku pelik , kenapa Sabak Bernam elok je redup je sejuk.

Dalam tiktok, facebook ramai complain  ...

Minggu ni last 3,4 days memang panas, tapi hari ni jer redup mendung skit.
Quote B40tastePosh 6-6-2025 09:12 PM
slavehunter replied at 6-6-2025 06:51 PM
Minggu ni last 3,4 days memang panas, tapi hari ni jer redup mendung skit.

3-4 hari lepas hujan kat Sabak Bernam...elok mendung
Quote B40tastePosh 6-6-2025 09:15 PM
Decaffeinated replied at 6-6-2025 10:38 AM
Ummah TT fb banyak dosa. Sabak Bernam ramai orang beriman.

Ye aku mengaji habiskan Surah Al Baqarah malam isnin lepas...hujan lebat malam tu...sampai sekarang cuaca tak terlalu extreme...aku buka facebook tiktok ramai complain panas.

Tu pelik...minggu lepas memang panas
Quote Queenmastani 7-6-2025 02:06 AM
Alhamdullilah dah jumpa..sian dia trauma sampai nangis
Quote hart_attack 7-6-2025 11:02 AM
A-Are replied at 6-6-2025 10:49 AM
kejamnya awat panggil dia gemok...nama sedap2

Dh dorg family pun panggil gemok ????
Quote monreyes 7-6-2025 05:08 PM
B40tastePosh replied at 6-6-2025 09:15 AM
Yang aku pelik , kenapa Sabak Bernam elok je redup je sejuk.

Dalam tiktok, facebook ramai complain  ...

minggu ni sejuk dah..
bukak kipas no. 1 pun dah ketar..
siap pakej selsema lagi ...
Quote shernazz 7-6-2025 06:06 PM
B40tastePosh replied at 6-6-2025 09:15 AM
Yang aku pelik , kenapa Sabak Bernam elok je redup je sejuk.

Dalam tiktok, facebook ramai complain  ...

Iols balik ipoh pung sejuk je ni..
Maybe orang ipoh kurang dosa dan dirahmati ilahi
..
Quote B40tastePosh 7-6-2025 10:50 PM
shernazz replied at 7-6-2025 06:06 PM
Iols balik ipoh pung sejuk je ni..
Maybe orang ipoh kurang dosa dan dirahmati ilahi
..

Kan rasa belah Perak memang minggu ni dah redup kan ..maybe Belah KL ke Selatan kot yang panas
Quote shernazz 8-6-2025 07:56 PM
B40tastePosh replied at 7-6-2025 10:50 PM
Kan rasa belah Perak memang minggu ni dah redup kan ..maybe Belah KL ke Selatan kot yang panas

Khens..
Sejuk je..pasang kipas.pung dah sejuk..
Aman sungguh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056593 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top