PETALING JAYA – Impian skuad Indonesia untuk melangkah ke pusingan kelayakan keempat Piala Dunia 2026 masih bernyala selepas menewaskan China 1-0 dalam aksi Kumpulan C sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno itu, pasukan Sang Garuda membariskan kesebelasan terbaik dengan sembilan pemain berpangkalan luar negara diturunkan seperti Jay Idzes, Thom Haye dan Emil Audero. Status China yang menduduki ranking ke-94 dunia tidak menggentarkan skuad kendalian Patrick Kluivert itu selepas berjaya mendominasi pada awal saingan. Asakan bertali arus yang diberikan membuahkan hasil apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung babak pertama yang berjaya disempurnakan oleh Ole Romeny. Bersambung pada babak kedua, China berusaha untuk menggandakan tekanan ke kubu tuan rumah tetapi Audero dilihat tangkas untuk memastikan gawang tidak dibolosi.
Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus membuatkan Indonesia sebelah kaki untuk berada dalam kelompok empat terbaik peringkat Kumpulan C. Pada satu lagi perlawanan, Australia semakin hampir untuk layak ke Piala Dunia selepas menewaskan Jepun 1-0 di Perth hasil jaringan kemenangan Aziz Behich pada minit ke-90. Dua negara teratas akan layak secara automatik dengan Jepun sah selaku juara kumpulan manakala negara di posisi ketiga dan keempat akan beraksi ke pusingkan kelayakan seterusnya pada Oktober depan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
kemaruk replied at 6-6-2025 08:52 PM
Bang tengok tu jiran sebelah beli kereta baru
Decaffeinated replied at 6-6-2025 04:05 PM
Kemain netizen Malaysia menganjeng kata Netherlands lawan China.
Ko tunggu ja lah Selasa ni.
ulamalu replied at 11-6-2025 01:09 PM
Alhamdulillah, Malaysia menang 4-0 dgn Vietnam setelah 11 tahun menunggu. Coach Malaysia Cklamovs ...
salimrock replied at 11-6-2025 11:14 AM
hahaha, indon sama malaysia strategy sama dlm sukan bola sepak...
Decaffeinated replied at 11-6-2025 03:47 PM
Cklamovski pun kata orang Malaysia divided on this pemain warisan isu tapi yang penting they deliv ...
dua_chzy replied at 7-6-2025 03:47 PM
Dah berapa ratus pulau hada kat Ndon tu, kalau tak mampo cari pemain masuk Werl Cup, hmmmmnnghhh je ...
ADVERTISEMENT