Seorang selebriti terkenal ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek di sebuah kafe iaitu tempat dia bekerja. “Mangsa kemudian berjumpa suspek beberapa kali sebelum suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Selangor. “Semasa perjumpaan tersebut, suspek dipercayai melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Siti Kamsiah berkata, suspek yang ditahan semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis. “Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
Sayamakde23 replied at 5-6-2025 04:01 PM
betul ke si diaaaaa? ND ??
Sayamakde23 replied at 5-6-2025 04:01 PM
betul ke si diaaaaa? ND ??
ashilalat: Alah..x payah la berahsia. San ...
ina_na replied at 5-6-2025 09:32 PM
Sape weii retis lelaki ND...
gerbera.memopad replied at 6-6-2025 08:51 AM
Alahai, betul ke ND? Tak sangka ya. Dah la selama ni dia boleh dikatakan outspoken jua komen isu sem ...
ADVERTISEMENT