CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki ditangkap kencing merata cuba rasuah polis RM30

5-6-2025 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1197| Komen: 6

 


SINGAPURA – Seorang lelaki warga Thailand dipenjara selama 10 hari selepas cuba memberikan rasuah sebanyak SG$9 (RM30) kepada polis tempatan untuk mengelak daripada disaman akibat membuang air kecil di dalam longkang di Singapura, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) di kejiranan Choa Chu Kang berhampiran Sungei Tengah Lodge pada 17 Disember tahun lepas.

Nanjaijumpa Kham-Ai, 54, datang ke sebuah kedai untuk membaiki telefon bimbitnya yang rosak.

Dia bagaimanapun terpaksa pulang ke ladang (tempat kerja) untuk mengambil wang selepas menyedari wang sedia ada tidak mencukupi.

Sebelum memulakan perjalanan, Nanjaijumpa membuang air kecil ke dalam longkang dan perbuatan itu disaksikan oleh dua anggota polis bantuan yang sedang membuat rondaan.

Mereka memberitahu Nanjaijumpa bahawa tindakan tersebut adalah satu kesalahan dan dia akan dikenakan denda.


Nanjaijumpa merayu secara berulang kali dan menawarkan wang suapan sebanyak S$9 kepada anggota-anggota polis terbabit untuk mengelak daripada disaman tetapi ditolak.

Semasa perbicaraan di mahkamah, tertuduh memohon maaf sambil berjanji bahawa dia tidak akan membuang air kecil di tempat awam. – AGENSI
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 5-6-2025 09:05 AM
Menjadi aneh jika memberi rasuah sebesar RM 30 kepada Polisi  di tangkap  dan dipenjara  jika HAL atau CASE in terjadi di MalayDesh  karena mereka yang melakukan korupsi berbillion-billion ringgit  masih saja BEBAS MERDEKA dan X terusik oleh HUKUM hingga hari ini ...
Quote Kitty_catz 5-6-2025 09:08 AM
kalu kucen kuat pancut, kita kasik castrate jurr, so boleh la buang telo mamat ni

koh koh kohhh
Quote JahLupa 5-6-2025 09:31 AM
What hapen in thailand, stay in thailand
Quote salimrock 5-6-2025 10:00 AM
orang kampung thailand cam tu la


2-3 tahun lepas ada la wa pergi PWTC, ada 1 pakcik ni selamba je on rokok depan kafe riverside, tu, sekali kena tegur dgn guard,

pakcik tu ingat apa, ni zaman 1997 ke?
Quote Supersirap 5-6-2025 10:09 AM
Ini tiada sivik punya orang
Quote nisako 5-6-2025 10:39 AM
ape dh jadi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.038425 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top