CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makhluk misteri menyerupai Bigfoot dilihat di celah pokok

5-6-2025 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1294| Komen: 5

 


WASHINGTON – Satu makhluk misteri dirakam berkeliaran di hutan negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mencetuskan teori bahawa makhluk digelar Bigfoot akhirnya ditemui, lapor laman berita MailOnline semalam.

Sekumpulan kru rakit jeram sedang menyusuri Sungai Colorado pada 24 Mei lalu apabila mereka tiba di darat untuk berehat.

Ketua kru itu, Logan Kirk memberitahu akhbar Daily Mail bahawa dia dan kira-kira 12 yang lain berhenti untuk makan tengah hari apabila mereka melihat makhluk itu pada jarak kira-kira 460 meter. 

Seseorang menjerit bahawa ia ialah seekor beruang, menyebabkan mereka melihatnya.

“Ketika itulah kami menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang lain. Ia bukan beruang. Ia berdiri di sana, di lereng bukit.

“Ia pastinya berkaki dua yang sangat menonjol kepada kami,” katanya. 

Video klip tentang makhluk itu telah ditonton berjuta-juta kali di internet. Ia menunjukkan makhluk bertubuh besar yang berbulu berjalan melalui pokok pain. 


Ia berhenti di antara dua pokok, kelihatan merenung terus ke arah kamera sebelum hilang di dalam hutan.

Walaupun ramai netizen teruja dengan idea bahawa Bigfoot mungkin ditemui, sebilangan yang lain percaya bahawa ia sama ada seseorang memakai sut berbulu atau beruang yang berjalan dengan dua kaki. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 5-6-2025 10:38 AM
betul ke ni tah tah .......
Quote ctaz 6-6-2025 12:27 AM
asal benda misteri jer...gambo mesti blur...
dari bigfoot sampai la ke UFO
tgk negara konoha...gambo hantu pun bapak clear...


HAHAHAHA
Quote sharlenetexas 6-6-2025 12:49 AM
Selalunya bigfoot ni kat negara j


Quote sallysains 6-6-2025 04:09 AM
Mgkn je tu beruang cacat sket, tu yg nmpk pelik. Atau pun spesis bear rare. Tp apsal dorg asyik ckp jumpa Bigfoot kt sana, pdhl xde bukti pun?
Quote beautifulorchid 9-6-2025 01:45 PM
mat salih ni dlm drama bukan main teknologi super canggih, penting mcm ni boleh pulak gambar blurrr..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.028715 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top