SHAH ALAM – Sebanyak 65.3 peratus kakitangan awam telah memilih untuk Kerajaan Madani yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, 62.5 peratus daripada kumpulan itu berpuas hati dengan kerja kuat pemimpin Kerajaan Madani pada masa ini. “Saya percaya keyakinan dan kepercayaan itu akan meningkat dari semasa ke semasa. Memberi gambaran buruk adalah satu bentuk sabotaj kepada usaha pembaikan negara. “Ia menjadi lebih keji apabila timbul dakwaan bahawa hanya kelompok atau individu tertentu sahaja yang mampu membaikinya. Pasukan YAB Perdana Menteri semakin membesar dengan penglibatan kakitangan awam untuk bekerja demi negara Malaysia yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Tambah Amidi, sokongan penjawat awam terhadap Kerajaan Perpaduan berada pada tahap yang baik.
Menurutnya, ia merujuk kepada satu kajian yang dilaksanakan oleh IDE Research mengenai sokongan dan persepsi kakitangan awam yang dijalankan sekitar bulan Mac 2025. “Kajian ini tidak terkait langsung dengan mana-mana persaingan merebut jawatan dalam organisasi tertentu. “Ia jelas menunjukkan imej positif terhadap kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Anwar. Saya percaya inilah gambaran sebenar mood kakitangan awam,” ujarnya. Kata beliau, Kerajaan Madani amat memahami kepentingan kakitangan awam yang diumpamakan sebagai badan yang berfungsi menyampaikan segala hasrat kepimpinan dalam menyelesaikan masalah rakyat. Ujarnya, menurut kajian tersebut, sebanyak 62.5 peratus kakitangan awam juga berpuas hati dengan penyelarasan gaji. “Walaupun beberapa orang Perdana Menteri pernah menjanjikan kenaikan gaji, Perdana Menteri ke-10 yang berjaya merealisasikannya. Saya percaya Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang masih dalam proses penambahbaikan akan lebih diterima selepas ini. “Kepercayaan mereka terhadap kemampuan Kerajaan Madani untuk mengekalkan kestabilan politik turut dizahirkan menerusi 62.3 peratus responden yang bersetuju bahawa kestabilan politik pada hari ini benar-benar wujud bagi memastikan pembaikan segala kelemahan pentadbiran dapat dilakukan dengan lancar,” katanya. Sumber - Sinar Harian |
nusaraya replied at 5-6-2025 11:34 AM
Era baru awal rationality nalar dan pola pikir + juga akhirnya status Istimewa type M ..{:1_55 ...
nusaraya replied at 5-6-2025 08:57 AM
Betul-betul ANEH ... Apakah Bangsa Type M yang menjadi LANDLORD Tanah melayu yang selama ini mendap ...
lostnfaun replied at 5-6-2025 09:39 PM
Dah berapa tahun jadi kerajaan baru 60% lebih jer yg sokong? Patutnya dah 70-80% yg sokong sbb pelab ...
Tong gas berwarna ungu (purple) yang diperkenalkan oleh Petronas adalah silinder LPG 14KG yang direka khas untuk kegunaan komersial dan industri di Malaysia. Warna ungu ini membantu membezakan tong gas komersial daripada tong gas bersubsidi yang biasanya digunakan oleh pengguna domestik.29 May 2025
aienul replied at 5-6-2025 09:15 PM
Sebagai pekerja sektor swasta, nak tahu juga maklumbalas penjawat awam, betul ke maklumat tu?
ADVERTISEMENT