CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya akan terus laksana tanggungjawab sebagai ketua kerajaan tanpa gangguan, kompromi – PMX

5-6-2025 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1364| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan tanpa gangguan atau kompromi, meskipun Mahkamah Tinggi menolak permohonannya merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Menurut beliau, keputusan itu tidak akan menjejaskan komitmennya terhadap kedaulatan undang-undang, kebebasan institusi kehakiman dan maruah sistem pemerintahan demokrasi di negara ini.

“Petang ini, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan saya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, permohonan itu bukan untuk mendapatkan kekebalan peribadi atau melarikan diri daripada semakan undang-undang, sebaliknya adalah berhubung integriti sistem perlembagaan negara.


Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian bagi memastikan kedudukan jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam tidak mudah terdedah kepada tindakan litigasi yang bermotifkan politik dibuat secara strategik atau boleh menggugat kestabilan institusi.

“Saya kekal komited kepada kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan maruah pemerintahan demokrasi.

“Proses undang-undang akan diteruskan dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab saya tanpa gangguan atau kompromi,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Rujukan persoalan undang-undang itu berkaitan saman sivil difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther, berhubung insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.

Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan Anwar selepas mendapati persoalan dikemukakan bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Anwar memfailkan permohonan itu pada 23 Mei lalu.  


Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 5-6-2025 12:22 PM
ramai dah sedar
Quote Firenzza 5-6-2025 03:58 PM
Mhkmh dh tolak permohonan yg hg pg mintak rayuan apesal la pulak? Hadap je la bicara, dulu hg juga terpekik terlolong mintak piem2 sblm ni disaman.
Quote L.U.S.M 7-6-2025 04:05 PM
Keenakan buah kurma Timur tengah

Yusuffff rawtherrr
Quote Azharitubunga 7-6-2025 04:49 PM
Naga pun hg tak takut.. tiberrr...  Kerna ucop rawter hang mintak immuniti?
Quote imanjannah 7-6-2025 07:09 PM
Quote MissYouSayang 7-6-2025 09:00 PM
Nidia bapok tua gagal total
Quote belon_cumil 7-6-2025 09:15 PM
Cukuplah Kerajaan Sepenggal BangNon
Quote che_yatt 7-6-2025 09:26 PM
whatever la bang non. Kami kat bawah ni dah muak dengan macam macam formula ampa
Quote plywood 7-6-2025 09:36 PM
integriti sistem perlembagaan negara

klu kekebalan memang tak ada, sesuaikah integriti perlembagaan dipersoalkan. Tafsiran biasanya dibuat oleh institusi kehakiman atau insitusi akademik.. memang masih boleh dipersoalkah?

.. dari sisi lain, knp setiap kali ada kes pelanggaran undang2 ianya mesti pasal hubungan lawan pedang? dia ni memang bisek kah?

.. satu lagi yusof rawter sangup keluar public rasanya mesti ada kuasa support dari belakang.. yang ini ada kemungkinan musuh politik cuma ambik kesempatan kpd suatu kejadian atau memang suatu perangkap politik yang tersusun?

...klu itu bukan serangan politik, sangupkah yusof ni report smpi org ramai tau dia nak teruskan dakwa seorang yg telah jadi perdana menteri...

knp dia tak minta duit sahaja klu memang terjadi pun, itu suatu penyelesaian yg lebih senang... sbb turun naik mahkamah ambil masa, rumit dan melelahkan, yusof ni memang orang yg berprinsip dan tak tergugat dengan duit tawaran utk selesai kes sehingga sangup untuk hadap semua kesusahan itu?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.041962 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top