CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua anggota polis disyaki minta, terima suapan RM20,000

5-6-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 868| Komen: 0

 


MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini mengesahkan penahanan reman dua anggota polis selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000, bulan lalu.

Pengarahnya, Adi Supian Shafie ketika dihubungi pemberita berkata, kedua-dua suspek berpangkat koperal dan lans koperal itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 26 dan 37 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Uthman Abd. Ghani.

Menurut sumber, suspek telah ditahan pada pukul 6.25 petang dan 6.30 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Katanya, pengadu yang juga seorang lelaki berusia 26 tahun membuat laporan kepada SPRM kerana tidak berpuas hati dipaksa membayar wang berjumlah RM20,000 kepada kedua-dua suspek.


Bayaran itu diminta atas tuduhan pengadu menjual dadah jenis mushroom vape sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian.


Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.029217 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top