CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah haji Malaysia mula berwukuf di Arafah

5-6-2025 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 904| Komen: 0

 


MEKAH – Kemuncak ibadah haji kesemua 31,600 jemaah Malaysia bermula hari ini bersamaan 9 Zulhijjah 1446H selepas mereka menyertai hampir 2 juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf di Arafah.

Pergerakan besar-besaran masuk jemaah haji negara ke Arafah sejak semalam menandakan bermulanya operasi Masyair Tabung Haji (TH) iaitu melibatkan berwukuf di Arafah, singgah atau bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina sehingga Isnin (13 Zulhijjah).

Selepas selesai dengan ibadah tersebut, jemaah negara bakal kembali ke Mekah untuk tawaf, sai dan tahalul sebelum ibadah haji mereka lengkap.

Jemaah Pakar Rujuk Bimbingan Haji bagi musim haji 1446H telah memutuskan penetapan waktu separuh malam pada malam 10 Zulhijjah di Muzdalifah bermula pada pukul 11.36 malam.

Waktu tersebut adalah bagi menentukan bermulanya waktu bermalam di Muzdalifah; bermula waktu melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah; bermula waktu untuk tahalul awal (gunting rambut) dan bermula waktu tawaf haji.


Dalam pada itu, tempoh bermalam di Mina pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1446H pula sekurang-kurangnya 4 jam 35 minit.

Berikutan suhu di Mekah dilaporkan mencecah sehingga 51 darjah Celsius pada musim haji tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi membuat beberapa larangan baharu bagi menjaga keselamatan pada jemaah.

Antara arahan terbaru tersebut adalah para jemaah haji dikenakan ‘lockdown’ bermula pukul 10 pagi sehingga 4 petang bagi mengelakkan meeka pergi ke Masjid Namirah dan Jabal Rahmah berikutan risiko strok haba.

Kerajaan Arab Saudi menyatakan komitmen untuk menyediakan bas-bas yang mencukupi sebagai pengangkutan dalam usaha membendung jemaah berjalan kaki dari Mekah ke Arafah.

Larangan-larangan ini bagi mengelakkan kejadian sama tahun lalu berulang apabila lebih 2,700 kes strok haba dilaporkan sehari selain turut melibatkan kematian.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.027117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top