CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai bimbang AI bantu soal jawab isu agama

5-6-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1183| Komen: 11|Original author: Raline

1.png


Peranan kecerdasan buatan (AI) kini dilihat lebih meluas apabila mampu memberikan penjelasan berkaitan hal ehwal agama.

Terbaharu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memperkenalkan dua pembantu AI yang dibangunkan oleh pasukan beliau untuk membantu dalam menjawab soalan atau isu dalam agama Islam.

Dua pembantu AI yang dihasilkan dengan kerjasama ChatGPT Plus (dibangunkan oleh OpenAI) dan Hedra Studio itu berfungsi sebagai Pegawai Pintar Syariah.

Kedua-dua pembantu itu diberi nama AI Dr Munir dan AI Dr Munirah.

"Kedua-duanya berperanan dalam merumuskan jawapan kepada lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pengkalan data aplikasi Al-Inarah.

"Jangan risau, kerana mereka telah diprogramkan untuk mesra media sosial.

"Jawapan mereka juga adalah berdasarkan pendirian saya terkait isu dalam hal ehwal agama," tulisnya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Penggunaan AI yang menyerupai manusia dan membawa watak sebagai pakar agama itu bagaimanapun mengundang kebimbangan orang ramai.

Rata-ratanya meluahkan kerisauan sekiranya sistem AI itu memberikan maklumat atau fakta yang mengelirukan.

"AI dah boleh masuk benda berkaitan agama. Gunalah AI dengan sebaik-baiknya, sebab sekarang zaman fitnah, tak tahu mana betul mana salah," tulis @hrfuturesnq.

"Maaf Dr, saya sangat-sangat tidak setuju dengan kaedah AI menyerupai orang ini. Dah terlalu banyak kekeliruan sampai tak tahu mana yang betul atau salah, lebih-lebih lagi berkait agama.

"Ramai yang meniru dan akan lebih keliru orang awam nanti," komen @AfifAfif13984.

Pun begitu, ada juga segelintirnya yang menyokong usaha dalam memanfaatkan fungsi AI dalam kehidupan harian.

Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 30-5-2025 04:06 PM
Last2 AI tu mengaku tuhan. Tunggu je la.
Quote hayrin86 30-5-2025 04:40 PM
AI bukan tempat untuk bersoal jawab pasal agama. Kalau selain keagamaan boleh la tanya..
Quote noor2 30-5-2025 05:08 PM
Tp chatgpt tahu je kalau kita tanya tentang ayat quran, ttg tajwid...
Quote noor2 30-5-2025 05:09 PM
Decaffeinated replied at 30-5-2025 04:06 PM
Last2 AI tu mengaku tuhan. Tunggu je la.

Ai sendiri memuja Allah...
Quote TeropongThaico 31-5-2025 12:04 PM
Takut nnt akan bawa masalah
Harap akan ada pemantauan berterusan juga
Quote B40tastePosh 31-5-2025 09:35 PM
AI jawab ikut rujukan juga, dia akan quote rujukannya dari JAKIM dan mufti juga.

Apolah ustaz ni.
Quote hudalarva 2-6-2025 01:03 AM
makin lama makin risau i dgn dr zul ni... kadang2 nampak mcm narsisistic pun ada... walaupun he bijak, but he's no longer my prefered agamawan... i takkan recommendkan family i dan anak2 utk refer kat dia lagi...

mcm tu je dia disregard kerisauan org awam mcm kita ni sampah yg bodoh piang...
Quote sallysains 6-6-2025 01:59 AM
AI ni mmg power, tpi aku rs jgn la guna utk hal agama. Hal agama ni kena pegang Quran (kalimah Allah) dan hadith je. AI blh tlg cari mksd2, tp hal nk tau yg btl, kena la tgk Quran, hadith dan ulama yg btl2 fhm. AI x leh gnti tu
Quote L.U.S.M 6-6-2025 09:05 AM
Nk buat Amar maaruf nahi mungkar pun pemalas ugamawan skrg
Asik attend majlis retis n tutup mata bila ada isu keluar...tp fee nk ribu riban
Quote TomyamPuteh 6-6-2025 09:09 AM
Dlm ni pun ramai je ustajah gugel.
Quote Dwdrum 6-6-2025 09:24 AM
AI tiada sentient... Soon AI akan di ganti dengan AGI (artificial general intelligence).. Also without sentient.. Jauh lagi AI untuk sensing ominescience based on human testimony...
Chatgpt itu chatbot bukan robot... Kahwin saja lah dengan robot at least advance robot ada sensor and responsive... Hahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.098354 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top