CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sangat rapat dan manja dengan ibunya, Syafiq Kyle anak emak

5-6-2025 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1209| Komen: 10|Original author: Raline

1.png


"Syafiq memang 'anak emak', tapi ia ke arah yang baik dan positif," kata pelakon, Mimi Lana, 30, ketika ditanya hubungan akrab suaminya iaitu pelakon Syafiq Kyle dan ibunya, Rohaya Sulaiman.

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, Syafiq memang sangat rapat dan manja dengan ibunya.

"Semua orang pun nampak bagaimana Syafiq melayan ibunya dengan baik serta mesra pada majlis tayangan filem lakonannya atau ketika ditemubual.

"Jadi, kalau ada orang tanya adakah layanan dia pada saya sama seperti ibunya, kita harus faham, Syafiq sudah hidup bersama dengan ibunya berpuluh tahun dan berbeza dengan saya," katanya.

Ditanya penerimaan keluarga Syafiq, kata Mimi, dirinya juga diterima dengan baik dalam keluarga suaminya itu.

"Saya tidak berasa seperti orang luar kerana mereka sekeluarga menerima kehadiran saya dengan baik.

"Pada masa sama, saya juga menantu perempuan dalam keluarga kerana adiknya juga lelaki," katanya.

Terdahulu, menerusi video di TikTok, Mimi berkongsi mengenai sisi sebenar Syafiq yang sangat akrab dengan ibunya serta hubungan baik bersama ibu mentuanya yang sudah lama dikenali sejak mereka mula bercinta.

Mimi berkata, dia juga sudah lama mengenali keluarga Syafiq sejak mereka menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun.

Katanya, ibu mentuanya itu juga sangat baik dan lembut orangnya serta sangat memahami perangai serta mengetahui turun naik dalam hubungan mereka selama ini.

Smber: harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-5-2025 11:27 PM
Bertabah la kau Mimi. Memang dah tabah pun kan.
Quote flipacoinus12 31-5-2025 01:10 PM
Flip a Coin at FlipaCoin.us.com = 10
https://flipacoin.us.com/
Quote zuriey 31-5-2025 10:13 PM
Tak habis la ko obses sgt dgn capik tu
Jgn lps 3 tahun naik mahkamah sudah
Quote shernazz 1-6-2025 08:01 AM
Suka capik bergambo ke belakang sikit kan
Quote armin 1-6-2025 10:03 AM
Dia ni tersiksa ke? Kalau cite psl syafiq je mcm dia ni diabaikan je
Quote emera 1-6-2025 10:05 AM
Good luck!!!!
Quote syirazee 1-6-2025 10:05 AM
asyik2 mimi je up pasal capik.
Quote fattymah 1-6-2025 10:06 AM
Jaman botak tak glamer lagik masuk urtv mmg dia ngaku anak mak .. masuk lakonan nak banggakan mak.. nak tlg adik beradik.. ada business gak rupanya heols ni.. yg iols kata adik dia pelakon tu betul la eh
Quote nisako 5-6-2025 10:36 AM
good luck le kahwin anak mak
Quote awenda507 5-6-2025 10:46 AM
Selalunya akan makan hati bila kawen dgn anak mak ni. Gudluck mimi

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043170 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top