CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Badan Imran Aqil minta rehat, tapi otaknya mahu cari duit’

5-6-2025 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 331| Komen: 1|Original author: Raline

1.png


“Di sebalik senyuman, ada lelah yang disembunyikan.”

Demikian titipan rasa apresiasi isteri kepada pelakon Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal yang bersyukur dikurniakan suami yang kuat menggali rezeki demi keluarga.

Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, turut menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan suami yang banyak membantu menjaga anak mereka, Yusra.

“Terima kasih kerana terus kuat mencari rezeki walaupun sayang penat,” kata pempengaruh itu menerusi Instagram Story.

Bagaimanapun, Dahlia berharap agar suaminya mendapatkan rehat yang cukup selain sangat berbangga dengan apa yang Imran korbankan.

“Badan suami saya minta rehat, fikiran dia mahu cari duit lebih tetapi hati dia mahu luang lebih masa dengan kami.

“Rehatlah sayang, awak memang hebat. Kami sangat bangga dengan awak,” katanya.

Sebelum ini, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 7 Mei 2025.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aammyy 30-5-2025 11:23 PM
Suaminya berlakon cerita apa? Isterinya pulak endorse product apa? Dorang ni anak orka ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.034861 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top