CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahun depan tunai haji dengan suami baharu- Nora Danish

5-6-2025 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2136| Komen: 14|Original author: Raline

1.png


Nora Danish meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dia sangat berharap dapat menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu.

“Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tetapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baharu, insya-Allah.

“Sejujurnya saya rasa sedih dan terkilan. Tetapi semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu merancang.

“Jadi tahun ini saya akan sambut hari raya Aidiladha di Malaysia sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi abaya terbaru daripada Amber, di sini, semalam.

Ditanya apa yang menghalangnya daripada mengerjakan ibadah haji tahun ini, kata pelakon filem Bencinta itu, terlampau banyak perkara yang perlu diuruskan.

“Pelbagai tawaran datang dan saya perlu buat keputusan dan pilihan. Tetapi panggilan haji ini adalah jemputan daripada Allah kan. Kalau belum sampai masanya, maka belum lah. Insya-Allah tahun depan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nora baru sahaja dilantik sebagai duta koleksi abaya jenama Amber yang diberi nama Oasis.

Selain Nora, dua lagi selebriti popular turut dipilih sebagai duta bersama iaitu Amira Othman dan Amyra Rosli.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-5-2025 11:32 PM
Who is that?

Iols tak minat nowa tapi suka tgk sheols berlakon.


Quote nisako 5-6-2025 10:34 AM
aik dah ade boyfriend ke
Quote orangbiasaje 7-6-2025 08:54 PM
Mcm takde mention pun psl suami baru. tajuk propa je ke?
Quote Joysparta 7-6-2025 10:02 PM
Laju
Quote JunkMail 7-6-2025 10:35 PM
orangbiasaje replied at 7-6-2025 08:54 PM
Mcm takde mention pun psl suami baru. tajuk propa je ke?

“Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tetapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baharu, insya-Allah.
Quote LadyCarefree 7-6-2025 10:49 PM
Lupa filter? Nampak kedut2 tua.
Quote orangbiasaje 8-6-2025 12:35 AM
JunkMail replied at 7-6-2025 10:35 PM
“Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tetapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. M ...

Oh...okay, terlepas. tenkiu.
Quote sharlenetexas 8-6-2025 01:03 AM
Dapat giliran tahun depankah?


Quote sharlenetexas 8-6-2025 01:04 AM
LadyCarefree replied at 7-6-2025 10:49 PM
Lupa filter? Nampak kedut2 tua.

Nmpk muka mak dia.


Quote DARSITA 8-6-2025 06:35 AM

Dok Amerika tiap tahun boleh gi haji sebab tak ada kota mota ni semua :-
Quote menjad 8-6-2025 07:18 AM
Nak bagi hint jodoh dah otw
Quote MatDeghem 8-6-2025 07:31 AM
menjad replied at 8-6-2025 07:18 AM
Nak bagi hint jodoh dah otw

Bakal balik pada lagi satu duda hotzz malaya.
tapi abam duda ini muka tak herlok, duit aje very herlok.

[ig]https://www.instagram.com/p/DKmo2TLzjqX/?img_index=1[/ig]





Quote menjad 8-6-2025 07:33 AM
MatDeghem replied at 8-6-2025 07:31 AM
Bakal balik pada lagi satu duda hotzz malaya.
tapi abam duda ini muka tak herlok, duit aje very h ...

Lorrrrr kembali pada yang lama. Pusing2 gitu ajer lerrrr.
Quote CurangLagi 8-6-2025 11:54 AM
MatDeghem replied at 7-6-2025 11:31 PM
Bakal balik pada lagi satu duda hotzz malaya.
tapi abam duda ini muka tak herlok, duit aje very h ...

Mencari komen ni juga. Ya lately tgk duda hotz punya igs sentiasa ada ND. Hahaha

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.045294 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top