CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru sekolah, 'abang wiring' mengaku bersalah cuba melakukan zina

5-6-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8779| Komen: 119|Original author: tatod

1000044907.jpg



Melaka: Guru sekolah dan juruelektrik yang tular terpalit skandal seks masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, hari ini, atas kesalahan cuba melakukan persetubuhan haram Februari lalu.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan kedua-dua tertuduh Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan Nur Fadilah Zainal masing-masing berusia 31 tahun dan mensabitkan mereka seperti pertuduhan.

Dalam penghakimannya, beliau menimbangkan keseluruhan fakta kes termasuk berlaku perbuatan zina dan diakui oleh kedua-dua tertuduh, rayuan serta hujah pemberatan hukuman oleh pendakwaan yang turut menyentuh ketiadaan seksyen khusus berkaitan kesalahan persetubuhan luar nikah.

Beliau berkata mahkamah juga menimbangkan latar belakang tertuduh dan itu kesalahan pertama mereka dan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara jika ingkar membayar.


Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hairul Ezuan dan Nur Fadilah didapati melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai, Alor Gajah pada 28 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Atras Mohamad Zin dibantu Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah.

Terdahulu, Atras berhujah memohon hukuman maksimum dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama

Katanya, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan secara sukarela dan faham hukuman bakal dikenakan mengikut Seksyen 52 iaitu kesalahan percubaan melakukan persetubuhan haram.

"Pihak pendakwaan ingin menegaskan tiada satu peruntukan khusus pertubuhan luar nikah antara bukan suami isteri tetapi pendekatan kita adalah Seksyen 52 berkaitan percubaan persetubuhan haram.

"Terdapat fakta berlaku perkara itu (persetubuhan haram), namun kuasa Mahkamah Syariah Melaka hanya berkaitan kesalahan percubaan melakukan persetubuhan haram.

"...mengikut hukum hudud kesalahan zina bagi mereka yang pernah berkahwin adalah rejam sampai mati, tetapi hukuman takzir denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya dan jauh dari hukum syariah," katanya.

Katanya, tertuduh kedua adalah seorang pendidik manakala tertuduh pertama mempunyai isteri dan sebarang keputusan mahkamah akan menjadi perhatian dan panduan dalam masyarakat pada masa akan datang.

Mengikut fakta kes, pihak berkuasa menerima aduan mengenai satu pasangan melakukan persetubuhan haram pada 27 Mei lalu, kira-kira jam 4.45 petang.

Pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kemudian memanggil pasangan terbabit pada 29 Mei untuk siasatan lanjut yang mana mereka mengaku berzina secara sukarela pada 28 Februari lalu di rumah tempat kejadian.

Mereka ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dokumentasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Media sebelum ini melaporkan guru wanita di sebuah sekolah di Melaka yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang sehingga menjadi bualan hangat warganet direhatkan dari tugas mengajar sehingga siasatan terhadapnya selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilapor berkata, guru wanita itu bagaimanapun masih menjalankan tugas sebagai kakitangan awam. - HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-5-2025 07:07 PM
Ya hampon...

Cash ke cemana ni sampai wartawan kejo korang pi mahkamah ya...

Quote Shayang 30-5-2025 07:12 PM
Dapat dakwa atas percubaan zina jelah
Inilah dia memang sgt susah nak tuduh org berzina walau ada bideo bersepah2 dan pasangan pun saksikan depan mata.
Sbbnya adalah ini..
IMG_6363.jpeg

Ni cth org lain yg penah je bawak kes ke mahkmah ujung2 dia cuma dapat sakit hati je.
IMG_6359.jpeg
IMG_6360.jpeg



Quote dua_chzy 30-5-2025 07:16 PM
Sebab tu la meols kata undang2 Islam ni perlu diubah sesuai peredaran zaman. Ada certain hukom boleh pula adjust kan macam hukom boleh ke idok meniduri (berzina halal) dengan hamba/tawanan perang tuh.

Tapi bagi pendapat gini terus ditudoh kapir anti Islam bla bla bla. Bodoh punya born Moslem.
Quote sapeka 30-5-2025 07:34 PM
Cuba je?
Bukan dah buat ke?
Quote sayawifenikmie 30-5-2025 07:46 PM
hmmmm .. nak komen pun takut ... kita ni tak pandai hukum hakam ... tapi ... sebegitu jer ....
Quote DukunSentet 30-5-2025 07:52 PM
dua_chzy replied at 30-5-2025 07:16 PM
Sebab tu la meols kata undang2 Islam ni perlu diubah sesuai peredaran zaman. Ada certain hukom boleh ...

Kalau aiol setuju dengan you dikira anti moslem x..
Quote lightheaded67 30-5-2025 08:02 PM
Ater ngape bini nya kabo yg jebon ni taknak serai kn dia sbelom ni, sbb risau anak dia takde sape jaga
Anak dri bini lain ke
Done kepo
Quote lightheaded67 30-5-2025 08:03 PM
Ngape tutop muka zis
Anda sudah jadi bintang
Quote dua_chzy 30-5-2025 08:09 PM
DukunSentet replied at 30-5-2025 11:52 AM
Kalau aiol setuju dengan you dikira anti moslem x..

Tak pasti. Mebe. Atau dituduh MN meols.
Quote lightheaded67 30-5-2025 08:12 PM
Edited by lightheaded67 at 30-5-2025 08:17 PM

Padam le
Quote TomyamPuteh 30-5-2025 08:20 PM
sapeka replied at 30-5-2025 07:34 PM
Cuba je?
Bukan dah buat ke?

Kalau nk caj berzina, kena ada 4 saksi. Sbb tu kena caj cubaan berzina.
Quote sambaldurian 30-5-2025 08:32 PM
Tp betul jgk , ni bkn nk back up, wlu ada video ke , still boleh counterback kot2 edit ke, AI ke, superimpose ke. Sbb tu nk saksi mata. Xpe xkena hukum pej agama, mungkin ada 'hukuman' lain ke.
Quote zehra2 30-5-2025 08:38 PM
cgu kna buang kerja ke?
selalu nya kalo denda lebih dari gaji, kna tindakan. tkda sahsiah yg baik. camne la nk ngajar dlm klas
Quote mrsLucky 30-5-2025 09:38 PM
Lepas ni korang kawin jer lah...dua2 hebat diranjangkan? sama2 gila sek...
Quote mawardia 30-5-2025 10:21 PM
Nasib baik hengko 2 ekor masuk court Tn Yunus tahu?
Kalau court 1 lagi, maybe lagi hazabedah hukuman hengko.
Dah tua pun bodoh!
Kalau x insof x tahu lah aiol! Yiihhhhh
Quote pocongkiutss 30-5-2025 10:21 PM
Cuba uols fikirkan..kalau kita tau ada syaitonirrojim mmg berzina..cemana nk kumpul 4 saksi tu..mana nk tau bila exactly dia bersenggama & kat mana..takkan manjang kena angkut 4 org masa menyiasat? Pastu sah2 ms senggama bagai tu kalu kt hotel 5 star dah cemana nk kantoikan. Zaman dulu mudah la nk kantoikan
Quote pocongkiutss 30-5-2025 10:22 PM
sambaldurian replied at 30-5-2025 08:32 PM
Tp betul jgk , ni bkn nk back up, wlu ada video ke , still boleh counterback kot2 edit ke, AI ke, su ...

Kalau buat "live" akan dipertikait jugak ke?
Quote batmana 30-5-2025 10:47 PM
Tentang keperluan 4 saksi zina tu .byk sebab nya la..Google ajala..psl Islam ni sebolehnya nk elak fitnah..

Tentang keperluan ubah tuduhan zina berpandukan video seks aja..alahai..bersepah video AI po-rno..korg nak buat video muka sendiri.beri aku video 4k..lagi mudah video 8k resolution korg dlm PM.nnti aku tepek sni..haha

Quote patchipink 30-5-2025 10:58 PM
dari haritue nak tahu cikgu nie ajar subjek ape kat skola ? pend.seks kesihatan kah ? sc rumahtangga kah ? biology kah ? ker ngajo arab

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064388 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top