CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bau busuk rupanya mayat warga emas

5-6-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1182| Komen: 4|Original author: tatod

1000045013.jpg



Papar: Bau busuk dihidu jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Melinsung Summer Bay Apartmen, di sini, semalam.


Mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemui pada jam 9.10 malam sebaik pintu rumahnya dibuka pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas.


Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan terhidu bau busuk dari rumah mangsa dan mengesyaki sesuatu mencurigakan.


"Sebaik tiba di lokasi mendapati pintu rumah mangsa masih dalam keadaan terkunci. Pasukan bomba yang hadir kemudian membuka pintu rumah mangsa.


"Selepas pintu rumah mangsa berjaya dibuka, mangsa ditemui terbaring di salah sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan.


"Pemeriksaan pada mayat mangsa di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah atau khianat.


"Mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Papar. Usaha mengesan ahli keluarga mangsa masih diteruskan," katanya.


Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 31-5-2025 02:12 PM
Salam takziah.
Quote sapeka 31-5-2025 02:15 PM
Takziah
Quote Burong_Hantuk 31-5-2025 09:43 PM
Takziah
Quote nisako 5-6-2025 08:17 AM
takziahhhhhhhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.032788 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top