CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Singapura Dipenjara 40 Bulan Kerana Kesalahan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur

5-6-2025 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 484| Komen: 1|Original author: tatod

1000038862.jpg



Ian Fang dijatuhi hukuman penjara selama 40 bulan selepas mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan kesalahan seksual terhadap seorang gadis bawah umur.


Ian, atau nama penuhnya, Fang Wei Jie, 35, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan penembusan seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun ketika kejadian pada tahun 2024.


Mahkamah turut mengambil kira tiga pertuduhan serupa serta satu pertuduhan menghalang keadilan dan satu pertuduhan menghendap dalam proses menjatuhkan hukuman.


Perintah larangan identiti terhadap tertuduh yang sebelum ini berkuat kuasa telah ditarik balik selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Lynda Lee, memohon agar ia dibatalkan.



Mangsa dalam kenyataan impaknya menyatakan bahawa beliau kini lebih stabil dari segi emosi dan bersedia menghadapi sebarang risiko berkaitan identitinya. Namun begitu, identiti mangsa kekal dilindungi di bawah perintah larangan mahkamah.


Peguam bela tertuduh, Noelle Teoh membantah penarikan balik perintah larangan tersebut atas alasan ia boleh mendedahkan identiti mangsa. Beliau memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 30 individu mengenali kedua-dua pihak secara sosial.


Hakim Daerah Eddy Tham dalam keputusannya menegaskan bahawa mahkamah perlu mengimbangi antara keperluan melindungi mangsa dan prinsip keadilan terbuka.


Beliau turut mengambil kira kehendak mangsa serta keluarganya dan mengeluarkan perintah larangan baharu yang tidak lagi meliputi nama tertuduh.


Ian pernah berkhidmat sebagai pelakon sepenuh masa di bawah syarikat penyiaran terkenal Singapura, Mediacorp selama 12 tahun sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 2023.


Berlakon puluhan drama dan menjadi hos pelbagai rancangan hiburan, Ian turut tampil menerusi beberapa filem seperti Imperfect, Meeting The Giant dan Good Bye Mr. Looser. Bahkan beliau pernah menang pelbagai anugerah di Star Awards.


Sedikit info mengenai Ian, dilahirkan di Shanghai, China, beliau menerima pendidikan di Singapura serta merupakan pemastautin tetap negara itu sejak 2015. - MEDIA HIBURAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 21-5-2025 03:47 PM
Dia ni asal shanghai china...mula popular thn 2012 pastu populariti merudum dan kontrak x disambung start 2022 kot  ..memalukan pelakon asal singapore je yg jrg ada kontroversi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044859 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top