CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Yovie Widianto & Tiara Andini hidupkan kembali Tanpa Cinta

5-6-2025 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 223| Komen: 0|Original author: tatod

1000038857.jpg



JAKARTA – Komposer terkenal Yovie Widianto dan Tiara Andini berkolaborasi semula dalam lagu Tanpa Cinta, sebuah lagu tentang perasaan terluka kerana cinta tidak berbalas.


Lagu ini diterbitkan semula dengan sentuhan yang lebih segar di bawah Universal Music Indonesia.


Menurut Yovie, dia memilih Tiara untuk versi terbaru kerana suaranya yang penuh emosi.


1000038858.jpg



“Saya memang sangat sukakan lagu ini. Jadi apabila ada pelawaan untuk kolaborasi, saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Tambahan pula ini karya daripada papa Yovie. Walaupun ada cabaran tersendiri, saya amat berpuas hati dengan hasilnya,” ujar Tiara Andini.


Susunan muzik masih mengekalkan elemen asal, namun dengan melodi yang lebih manis dan moden, manakala video muzik diarah oleh Prialangga yang berkonsepkan teaterikal.


Yovie berharap karya ini akan dinikmati bukan hanya oleh generasi lama, tetapi juga mereka yang sedang menghadapi kisah cinta masa kini. Tanpa Cinta kini boleh dinikmati di semua platform digital. - UTUSAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.035942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top