CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung berjodoh kembali’ - Emma Maembong Nasihat Jangan Buka Aib Bekas Pasangan

5-6-2025 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4329| Komen: 46|Original author: tatod

1000038852.jpg



KUALA LUMPUR: Pelakon, Emma Maembong, menasihati orang ramai agar menahan diri daripada membuka aib bekas pasangan kepada umum.


Bagi Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, walaupun sudah tidak lagi berjodoh dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, dia masih memelihara hubungan baik.


“Hubungan kami memang baik sebab tiada dendam. Saya dan bekas suami tahu, perkahwinan kami gagal, kami yang ada masalah tapi benda itu dapat diselesaikan.




“Kalau nanti di masa depan kita dijodohkan semula, kita pun tak tahu, jadi buat apa kita nak berdendam. Saya tak kisah soal jodoh ini sebab ada di mana-mana.


“Contohnya bukan kita tak pernah tengok, ada sahaja pasangan berperang ‘kau salah’, semangkuk aib sudah dibuka tapi dua tahun kemudian jodoh bertemu kembali,” katanya.


Emma ditemui Utusan Malaysia di sesi fotografi di Bukit Jalil, hari ini.


1000038853.jpg


Tambah Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 31 itu lagi, tidak perlu menuding jari dan menghebahkan salah mana-mana pihak di media sosial.


“Sebab itu hal rumah tangga kalau boleh kita simpan sahajalah. Siapa salah tak perlu cerita dekat semua orang. Itu masalah kita dan pasangan.


“Waktu berpisah orang cakap macam-macam, sayalah punca. Tapi saya dan bekas suami diam sahaja.


“Biar orang cakap apapun, kita tak perlu nak betulkan. Diam. Sebab ini yang terbaik untuk anak-anak,” ceritanya.




Terdahulu, pada 7 Oktober tahub lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dan tamat tempoh idah. Walaupun isu tersebut meraih perhatian umum, Emma tidak mendedahkan punca perkahwinannya


Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua orang anak Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah. - UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakpakmaun 20-5-2025 07:16 PM
emma hang kawin balik lah dgn ex anak2 comey bebenor..ex pun masih baik dgn dia..
Quote sharlenetexas 20-5-2025 08:33 PM
Baguslah kalau macam tu sis. Jangan nakal2.


Quote zuri154 20-5-2025 08:38 PM
Menjadi btul anak timoh & ex-laki. Nmpk hensem wpun masih kecik. Kalau jodoh pjg dpt anak gegurl, mesti cantik.
Quote syirazee 20-5-2025 08:49 PM
masih masih ada rasa sayang tu..balik ler semula demi anak2
Quote HanyaUngu 20-5-2025 11:21 PM
Dia perli bella ke pumpang2 pastu berjodoh balik dgn dak alip.. mhahaha
Quote Manusiabesa 20-5-2025 11:45 PM
HanyaUngu replied at 20-5-2025 11:21 PM
Dia perli bella ke pumpang2 pastu berjodoh balik dgn dak alip.. mhahaha

Tuju kt jamumall dgn eman xkisah kot..topik panas mggu ni .
Still wonder serai dlu sbb apa dorg ni...
Dgr rumors ja.. mana insider klu ada spilled lah ciked...
Laki nya pilot kan tp xmcm laki gatey pun la....
Saja gedik nk buat hal ke. Mcm kinah dlu elok2 laki pilot budiman je pun dia yg menggelupor mcm xckup zat besi
Quote MadameOnion 21-5-2025 08:39 AM
kekadang nasib baik jugak kedua pun tutup aib memasing sbb dedua pun ada aib..tapi nafkah bukan aib..tu tanggungjawab
Quote kucingitam 21-5-2025 09:56 AM
comel betul anak2 dia..
Quote IzzahF 21-5-2025 10:22 AM
comel betul anak2 dorang ehh
Quote Lampuled 21-5-2025 10:25 AM
Walaupun Emma belajar tak habis tp sejenis hati baik agaknyaa. Mcm tak pernah dgr bergaduh or bermusuh dgn org. Mmg nmpak dia baik² je dgn semua.
Quote seri_mawr 21-5-2025 10:31 AM
Anak2 comel....Campuran emma and ex-husband menjadi sungguh..

tang ni emma ni bagus...org kata lah dia lagu mana pun....
Good Job emma...

Quote Shinichikudo 21-5-2025 11:02 AM
lawonyee emma kembong
Quote Sendawg 21-5-2025 11:40 AM
Adakah ini sebab Shubingai masih takleh move on pasal HR? Supaya dijodohkan balik?
Quote Miejaaa 21-5-2025 11:41 AM
Apa pun Emma ni memang lawa
Quote Cece1234 21-5-2025 12:45 PM
Cantik betul dia ni..
Quote bymirapuzzle 21-5-2025 12:53 PM
Aku tak paham yg mana suruh2 get back balik sbb baik2 dgn ex.dah tu nak kena bercekauuuu jgk ke baru korang diam?
Quote Minami2013 21-5-2025 12:53 PM
Meols kagum kak km dgn asiah jalil. Tak payah tunggu nak cerai pun elok je menjaja aib suami Tapi elok je sampai skrg.

Quote kmbg 21-5-2025 01:05 PM
Minami2013 replied at 21-5-2025 12:53 PM
Meols kagum kak km dgn asiah jalil. Tak payah tunggu nak cerai pun elok je menjaja aib suami  T ...

Hahahahahhaa ni mmg rare asyek mengutuk laki tapi cret2 anak berderet
Quote ayukpingu 21-5-2025 01:11 PM
ni setuju. pesanan utk epal busuk dan piza mahal

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058228 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top