CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penghijrahan buka ruang Zizi kendali Salam Baitullah 2025

5-6-2025 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 607| Komen: 4|Original author: tatod

1000038829.jpg



SHAH ALAM: Keputusan berhijrah empat tahun lalu ternyata membuka pintu rezeki lebih luas buat penyanyi Zizi Kirana apabila diberi kepercayaan mengendalikan audio siar Salam Baitullah 2025.


Program Salam Baitullah 2025 berkenaan dijangka menemui penonton pada 24 Mei ini menerusi media sosial RTM.


Bakal mengendalikan program berunsur kerohanian itu secara bersendirian, wanita kelahiran Negeri Di Bawah Bayu itu mengakui gementar menggalas tanggungjawab berkenaan.


Isteri kepada pelakon Yusof Bahrin itu berkata, dia menerima tawaran demi mencabar diri.


"Mula ditawarkan, saya mengakui gementar dan gugup. Topik bakal dibincangkan pula berat dan bersiaran secara langsung.





"Saya paling bimbang tersalah cakap ketika sedang 'live', apatah lagi, topik mengenai kerohanian, penghijrahan dan pengalaman umrah bersama tetamu undangan.


"Tapi, saya sahut cabaran mengendalikan audio siar ini kerana ingin cuba sesuatu yang baharu. Saya suka berkongsi topik keagamaan yang mendekatkan diri dengan Allah, jadi saya rasa bertuah dipilih. Secara tak langsung mendekatkan lagi saya kepada-Nya," katanya yang ditemui pada sidang media Salam Baitullah di Shah Alam, baru-baru ini.




Bagi memastikan bersedia, kata Zizi, dia banyak berlatih bercakap di depan kamera dan paling penting, melakukan kajian serta rujukan mengenai topik dan tetamu undangan yang bakal ditemubual.


"Sebelum ini, saya pernah bergelar pengacara untuk program hiburan. Tapi, Salam Baitullah ini sangat berbeza kerana topiknya menyentuh soal agama.


"Jadi, memang banyak kajian dan rujukan perlu dilakukan bagi mengelakkan diri melakukan kesilapan terutamanya membabitkan fakta. Lagipun, ini program 'live', jadi saya perlu berhati-hati.


"Jika rakaman mungkin lebih mudah kerana masih ada peluang untuk dibetulkan sekiranya berlaku kesilapan," katanya.


Berbicara mengenai kerjaya muzik, Zizi baru sahaja tampil dengan single berjudul Kejar ciptaan pasangan kembar, Firdaus dan Fahimi Rahmat.




"Firdaus dan Fahimi tawar diri mahu hasilkan lagu buat saya. Saya tak perlu terangkan lagu atau genre macam mana, mereka sendiri sudah tahu lagu yang sesuai dengan 'vibes' dan identiti saya.


"Mereka tanya pernahkah saya rakamkan lagu ke arah Sami Yusof dan Maher Zain, saya katakan tidak. Jadi, mereka tampil dengan muzik baharu buat saya, cuma mereka tanya lirik bagaimana saya mahukan.


"Saya beritahu mahu lagu bercerita mengenai perjalanan hijrah yang boleh dikaitkan dengan ramai orang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun mereka masih muda, tetapi faham apa yang saya mahukan," katanya. - BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-5-2025 08:34 PM
Boleh tahan jugak lashes sheols jadi hos.


Quote dua_chzy 20-5-2025 09:36 PM
Penghijrahan hapoo ehhhhh dalam diri tu masih membuak2 rasa cinta duniawi rasa nak meretis kaaannnn
Quote Misslalala167 21-5-2025 01:57 PM
"Bakal mengendalikan program berunsur kerohanian itu secara bersendirian"

Wow good luck sisturr
Quote milk_2 27-5-2025 04:52 PM
Misslalala167 replied at 21-5-2025 01:57 PM
"Bakal mengendalikan program berunsur kerohanian itu secara bersendirian"

Wow good luck sisturr

LOL

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.109333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top