CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Nakal' bukan punca suara Miley Cyrus garau

30-5-2025 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 811| Komen: 3|Original author: tatod

1000043974.png



Las Vegas: "Keadaan itu adalah perkara unik yang dialami sejak kecil lagi," kata pelakon dan penyanyi, Miley Cyrus dalam satu temu bual bersama The Zane Lowe Show.


Cyrus, 32, juga pelantun lagu lagu Flowers mendedahkan pembengkakkan pita suara (Reinke's Edema) sebagai punca yang membuatkan suaranya kedengaran besar dan serak.


"Memang saya kuat merokok, minum alkohol dan selalu berseronok pada usia 21 tahun. Tapi itu bukan punca suara saya kedengaran garau.


"Suara saya sejak dahulu memang kedengaran seperti ini. Ia sebahagian daripada kejadian unik semula jadi tubuh saya," katanya.




Cyrus atau nama sebenarnya Miley Ray Cyrus, memaklumkan dia tidak akan melakukan pembedahan untuk mengubah keadaan itu.


"Memang wujud ketumbuhan (polip) yang besar pada pita suara, tetapi saya tidak akan membedahnya kerana tidak mahu suara berubah," katanya.


Menurutnya, dia berdepan kesukaran menyanyi secara langsung dengan keadaan yang diibaratkan seperti menyertai larian maraton dengan pemberat di kaki.


"Jika membuat persembahan, saya akan menyanyi 'live', bukan 'lip sync' sebab lagu-lagu saya memerlukan vokal yang besar untuk dinyanyikan," katanya.




Dalam pada itu, dia juga berdepan pengalaman yang agak traumatik ketika melakukan persembahan pada malam tahun baharu kerana ketumbuhan ovari pecah, malahan membuatkan dia terfikir untuk berhenti terus daripada kerjaya muziknya. - HARIAN METRO




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 30-5-2025 12:55 PM
Suara dia dah xsedap utl didengar sorry miley
Quote I.K.A888990 30-5-2025 10:12 PM
lagu baru dia bosan lah
takde umpphhh
kecewa gila haha
Quote sallysains 1-6-2025 01:53 AM
swimswim replied at 30-5-2025 12:55 PM
Suara dia dah xsedap utl didengar sorry miley

Iols rasa suara dia ok je.. tp x semua lagu ngam la dgn suara dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.039075 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top