NAMA penyanyi Jennie Blackpink menjadi bualan susulan timbul dakwaan dia pernah menjalinkan hubungan bersama anak kepada pewaris syarikat permotoran jenama BMW. Lebih menggemparkan lagi apabila dikatakan terdapat video rakaman kedua-dua mereka melakukan hubungan intim. Perkara tersebut didedahkan oleh pengacara Woo Hak yang memberitahu dia merupakan rakan baik kepada lelaki berkenaan.
"Cerita yang paling gila pernah saya dengar mengenai kawan saya iaitu pewaris BMW, dia beritahu pernah melakukan hubungan bersama Jennie dari Blackpink. "Dia bayar Jennie dan mereka ada video. Dia tunjuk video itu pada saya. Jadi saya tahu ia benar," katanya. Woo Hak berkongsi perkara itu menerusi temu bual di Podcast Above The Influence yang dimuat naik di YouTube. Menerusi hasil carian, salah seorang ahli keluarga pemilik BMW iaitu Susanne Klatten mempunyai anak sebaya dengan Woo Hak. Pendedahan tersebut membuatkan ramai peminat Jennie tidak senang duduk dan mendesak penyanyi itu untuk mengambil tindakan. Peminat juga meluahkan rasa berang terhadap Woo Hak kerana dianggap bercakap perkara tidak benar tentang artis kesayangan mereka. - mStar |
ADVERTISEMENT