CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Luna Maya lepas jawatan, lantik Raline Shah jadi ‘Presiden Jomblo’

29-5-2025 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1210| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-28 095758.png


SELEPAS mendirikan rumah tangga pada 7 Mei lalu, pelakon Luna Maya dengan bangga mengumumkan dia bukan lagi penyandang gelaran 'Presiden Jomblo' (ketua bujang) seperti yang pernah diberikan kepadanya.

Menunjukkan kebahagian bergelar isteri, Luna secara berseloroh menyerahkan status berkenaan kepada rakan artis iaitu pelakon Raline Shah.

"Saya serahkan jawatan Presiden Jomblo kepada Raline," katanya.

Luna berkongsi momen lucu itu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berkenaan, mereka bertemu dalam satu acara dan Raline sendiri dengan hati terbuka menerima 'mandat' baharu yang diberikan kepadanya.

Screenshot 2025-05-28 095848.png

Tambah pelakon itu dia masih lagi belum bertemu jodoh sehingga hari ini adalah atas pilihan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kerjaya, cantik orangnya tapi belum berpunya! Raline Shah dedah sebab masih single sampai sekarang

"Saya terima (jawatan) dengan senang hati. Presiden Jomblo seluruh Republik Indonesia. Jomblo kerana pilihan," ujarnya.

Untuk rekod, Luna mendirikan rumah tangga dengan aktor Maxime Bouttier dalam satu acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia.  

Pelakon itu bertemu jodoh pada usia 42 tahun.

Manakala Raline yang kini berusia 40 tahun masih lagi belum memiliki pasangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kilauanemas 28-5-2025 02:26 PM
fuhhhhh
Quote babelina 29-5-2025 09:26 AM
hahah.. aku tgk video nie.. sempoiii
Quote tupaiterbang 29-5-2025 10:11 AM

Kalau mesia shafinaz boleh sandang jawatan presiden andalusia club [em:3:]
Quote prince_marhaen 29-5-2025 10:28 AM
Raline ni clean betul eh... Berlakon mantap, cantik gila, family prominent, bff dengan TMJ, cakap Malaysia fasih (sebab datuk/nenek dia orang Melaka/Singapore, dia sekolah & study kolej kat sini kan), family dia pun jenis high class... nampak strong woman... susah sikit la kot nak bercinta-cinta knowing artis & media Indon & industri sana macamana kan... kalau kawin harap2 dapat orang atas-atas or bukan dalam industri , dan yg selevel dia..
Quote L.U.S.M 29-5-2025 12:12 PM
prince_marhaen: Raline ni clean betul eh... Be ...


Wow..bagusnye dia ni
Quote farlis 29-5-2025 04:11 PM
cantik betul raline nihhh..
Quote A-Are 29-5-2025 04:23 PM
semenjak kawen ni iols suka pulak tgk luna maya..byk plak video2 temubual dia keluar...kelakar rupanya org dia...masa muda dulu girl crush sangat dgn dia, xigt cerita apa dia jd cikgu mcm wow cantik gilerr...after scandal video dgn aril kesian dia kena boikot especially org kita..lepas tu dia mcm bermula semula dari bawah..2-3 tahun ni kerap berlakon cerita hantu, iols rasa tu yg byk menaikkan dia semula cerita genre gitu..cuma beberapa tahun ni muka dia nampak tua da..actually xda tua mana sebenarnya luna ni..tp haritu kawen cantik dia..selamat pengantin baru luna maya
Quote sarah_ary2 29-5-2025 05:21 PM
prince_marhaen replied at 29-5-2025 10:28 AM
Raline ni clean betul eh... Berlakon mantap, cantik gila, family prominent, bff dengan TMJ, cakap Ma ...

tp kalau baca di X ramai netizen indonesia x suka pun dgn Raline ni,  zionist  katanya pastue keluarga mafia pendek kata Gal Gadot Indonesia
Quote auza_chiyoko 30-5-2025 03:44 PM
dia terpalit gk dgn isu Seungri rtu..polis panggil dia utk bg keterangan gituu rsnye
Quote Akalditipumata 31-5-2025 12:48 AM
Ni bkn bff nazreem ke?
Quote sallysains 1-6-2025 01:20 AM
sarah_ary2 replied at 29-5-2025 05:21 PM
tp kalau baca di X ramai netizen indonesia x suka pun dgn Raline ni,  zionist  katanya pastue kelu ...

Dia ada la pernah bg hint2 sokong Zionist ke? Serius ke atau sembang je?
Quote sallysains 1-6-2025 01:25 AM
sarah_ary2 replied at 29-5-2025 05:21 PM
tp kalau baca di X ramai netizen indonesia x suka pun dgn Raline ni,  zionist  katanya pastue kelu ...

Dorg ckp family mafia, tp pakai alasan apa? Ada bukti ke?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050455 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top