CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bakal tunai ibadah haji, Ivan Gunawan cium kaki ibu mohon restu

28-5-2025 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 450| Komen: 1|Original author: tatod

1000042973.jpg



PENGACARA dan pereka fesyen Ivan Gunawan bakal berangkat menunaikan ibadah haji di Makkah pada 27 Mei ini.


Ivan, 43, berkata, ketika ini dia masih mempersiapkan diri agar lebih bersedia ketika berada di Tanah Suci nanti.


Sebelum berangkat, Ivan turut memohon restu daripada ibunya selain mencium kaki wanita tersebut bagi memohon maaf atas semua kesilapan pernah dilakukan sebelum ini.


1000042971.jpg



"Saya akan berangkat pada 27 Mei ini, semunya persiapan berjalan dengan lancar.


"Namanya juga nak pergi jauh, nak beribadah jadi saya saya minta restu dari ibu saya.


"Semoga dia ikhlas dan ibadah saya juga menjadi tenang," katanya memetik Detik Hot.


Dalam pada itu, Ivan memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan perjalanan ibadahnya sebaliknya berharap semuanya dipermudahkan.


Malah dia berharap dapat pulang ke Indonesia dalam keadaan sihat seperti sebelum pergi ke sana.


"Saya menerima jemputan daripada Allah kenapa nak rasa tertekan?


"Patutnya lebih menikmati kerana ini undangan Allah dan tak semua orang dapat. Saya sangat bersyukur," ujarnya. - mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mekfazura 29-5-2025 09:36 AM
TEBAL LAGI SAKA HINDU DALAM BADAN KANOHA... INGATKAN BANI TEMPATAN JE KUAT IKUT HINDU

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.039410 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top