CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Demi Lovato kini isteri Jordan Jutes Lutes

27-5-2025 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 934| Komen: 10|Original author: tatod

1000042992.jpg



CALIFORNIA : Penyanyi antarabangsa, Demi Lovato selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, iaitu Jordan Jutes Lutes, dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan semalam.


Majlis tersebut berlangsung sekitar jam 4 petang dan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat pasangan itu.


1000042993.jpg


Demi tampil anggun mengenakan gaun pengantin khas rekaan Vivienne Westwood yang berwarna putih mutiara dan diperbuat daripada sutera satin berat dengan potongan korset dan garis leher ‘off-the-shoulder’.



Gaun tersebut direka khas melalui lima sesi penyuaian bersama pasukan couture Westwood yang datang dari London ke Los Angeles.


Untuk majlis resepsi, Demi menukar kepada gaun kedua rekaan Westwood yang dinamakan sebagai Audrey, diperbuat daripada sutera satin gading dengan korset berlapis dan dihiasi mutiara.


1000042994.jpg


Pasangan ini mula berkenalan pada Januari 2022 semasa bekerjasama dalam lagu Substance untuk album Demi bertajuk Holy Fvck.


Hubungan mereka berkembang dari persahabatan kepada percintaan, dan mereka mengumumkan pertunangan pada Disember 2023.


1000042995.jpg


Sebelum ini, Demi pernah menjalin hubungan cinta dengan beberapa nama artis terkemuka namun hubungan tersebut tidak berpanjangan.


Antara bekas kekasihnya termasuk Joe Jonas, Wilmer Valderrama, Luke Rockhold, Henry Levy, Mike Johnson dan Max Ehrich. - UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote royaldanish 27-5-2025 01:38 PM
congrats Demi & husband
Quote Myhappyending 27-5-2025 04:13 PM
Kurusnya hang demi
Quote Freezies 27-5-2025 11:16 PM
Tahniah..
Boleh la kot kurangkan mendadih...
Quote katebecker 28-5-2025 05:28 AM
What a beautiful celebration of love and style! As a presentation designer. I can’t help but admire the elegance and detail that went into Demi Lovato wedding — from the couture gowns to the carefully curated atmosphere. It's like designing a perfect visual story, only this time, in real life.
Quote misszazaz 28-5-2025 08:59 AM
kuyus
Quote I.K.A888990 28-5-2025 09:12 AM
gambar last tu lawa demi
Quote A-Are 28-5-2025 09:51 AM
entahlah untuk I tatoo ni kalau dgn lelaki ada tatoo kena gaya nampak gagah tapi kalau perempuan ada tatoo turn off betul tgknya..lawa mcm mana pon
Quote Prickford 28-5-2025 10:18 AM
A-Are replied at 28-5-2025 01:51 AM
entahlah untuk I tatoo ni kalau dgn lelaki ada tatoo kena gaya nampak gagah tapi kalau perempuan ada ...

Pempuan bertattoo mcm berkurap nengok nya. Contohnya Anju, setepek sana, setepek sini, mcm kurap.
Quote me05kl 28-5-2025 10:22 AM
Tahniah.
Quote A-Are 28-5-2025 10:28 AM
Prickford replied at 28-5-2025 02:18 AM
Pempuan bertattoo mcm berkurap nengok nya. Contohnya Anju, setepek sana, setepek sini, mcm kurap.

tu kalau yg jenis buat merata rata kecik2..ntahla yg besar pon xberkenan..bg iols badan perempuan lawa kosong gitu..byk lg perhiasan lain yg boleh embrace our beauty or nak simpan jadi memory..tapi bukan di badan atau muka..lelaki pon ikut juga ada yg buat nampak gagah kat mata iols especially yg dr borneo..so specific ya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049493 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top