CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jesicca Alba ada kekasih baharu lepas lima bulan cerai, mesra berpelukan di taman

26-5-2025 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 542| Komen: 1|Original author: tatod

1000041371.jpg



PELAKON Jesicca Alba dilaporkan sudah bertemu teman lelaki baharu selepas lima bulan disahkan bercerai.


Memetik laporan The Sun, Jessica dilihat menghabiskan masa bersama seorang lelaki misteri di Regents Park di London.


Pasangan itu dilihat mengenakan baju yang sedondon berona hitam sambil lelaki berkenaan memegang bahu Jessica.


Jessica juga cuba melindungi wajahnya agar tidak dikenali orang ramai.


Biapun begitu kedua-dua mereka seakan terbuka menunjukkan kemesraan di khalayak.


1000041372.jpg



"Jessica dan lelaki itu menyewa beberapa kerusi di taman. Mereka saling berpelukan dan bercium.


"Hubungan mereka seperti masih baru," katanya.


Untuk rekod, Jessica dan penerbit Cash Warren berpisah pada Januari lalu selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga.


Mereka mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Honor, Haven, serta Hayes. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 28-5-2025 03:09 PM
Orang cantik nokk, beratur la laki tunggu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.038832 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top