Suami kepada usahawan sensasi, Rozita Ibrahim memuji kesihatan dan tenaga dalaman yang dimiliki isterinya.
Menurut lelaki itu, meskipun Rozita atau mesra disapa Bonda sudah menginjak usia 61 tahun, namun tahap tenaga yang dimiliki seperti orang muda.
Dari sudut pandangan kesihatan, umur tidak penting, yang penting adalah kesihatan dalaman diri kita.
Memang tak dinafikan, awak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pemakanan juga ikut nisbah yang sihat.
Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Dengan tenaga yang dimiliki juga bagus. Awak mampu berjogging selama dua jam.
Suami Bonda berkongsi perkara itu ketika mereka bersama-sama melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Dalam pada itu, abang kepada pelakon, Rebecca Nur Islam itu secara bersoloroh berkata, tenaga yang dimiliki Bonda tidak sepadan dengan usianya.
Kesihatan awak sangat bagus macam tak sesuai dengan umur awak. Kalau awak cari jodoh, awak tidak sesuai dengan lelaki yang tidak sihat. Tidak kisahlah umur di bawah dari awak, tapi kalau tidak sihat tak guna.
Sumber: TikTok
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|