CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 22 tahun AF1, Nana Mahazan dedah ‘misteri’ bagasi peserta tersingkir

21-5-2025 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5881| Komen: 75|Original author: tatod

1000038726.jpg



PROGRAM realiti Akademi Fantasia sudah melabuhkan tirai sejak 10 tahun lalu namun masih ada beberapa perkara kekal misteri sehingga ke hari ini.


Ini termasuklah tentang bagasi (luggage) yang dibawa peserta setiap kali berlakunya penyingkiran.


Ramai tertanya-tanya sama ada beg yang diseret keluar selepas pengacara Datuk Aznil Nawawi mengumumkan peserta tersingkir adalah milik sebenar mereka atau sekadar 'mockup'.


Tampil menjelaskan rasa ingin tahun netizen, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan mendedahkan peserta sentiasa membawa bagasi sebenar mereka ketika ke atas pentas.


1000038727.jpg



Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 43, yang merupakan peserta Akademik Fantasia musim pertama (AF1) pada 2003 berkata mereka sentiasa bersedia mengemas beg masing-masing apabila tiba malam persembahan.


“Untuk AF lain saya tak tahu tapi AF1 memang setiap minggu kita kena kemas beg. Memang beg yang diletakkan di atas itu adalah beg pelajar yang tersingkir.


“Cuma saya dengar AF lain mereka letak saja beg siapa-siapa di situ secara 'random' dan ambil beg sebenar selepas itu.


“Tapi AF1 memang setiap minggu kami kena kemas beg dan bawa keluar daripada akademi (tempat tinggal),” jelasnya.


Nana berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya selepas mendapat pertanyaan daripada pengikutnya berhubung perkara itu.


1000038729.jpg


Mengimbau kenangan itu, Nana memberitahu masuk minggu ketiga pertandingan kebanyakan peserta tidak lagi mengeluarkan pakaian daripada beg agar tidak perlu mengemasnya sebelum konsert.


Tidak hanya itu, peserta yang tersingkir juga tidak akan bertemu sehinggalah pertandingan tamat.


"Masuk minggu ketiga kami sudah tak keluarkan dah baju-baju dalam beg sebab tahu setiap minggu kena kemas beg bawa pergi konsert.


"Dan siapa yang tersingkir itulah beg yang kita ambil, terus keluar memang tak akan jumpa dah kawan-kawan dekat AF itu sampailah program habis," ujarnya.


Nana merupakan salah seorang peserta AF1 yang tersingkir pada minggu ketujuh program itu berlangsung.


Selain Nana, AF1 turut disertai oleh Liza, Sahri, Rosma, Burn, Atie, Adi dan Azza.


Manakala Vince muncul sebagai juara musim pertama manakala Khai (naib juara) dan Aziz (ketiga). - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-5-2025 01:46 PM
Iols mmg suka af1
Sebab mmg nampak la peserta2 ni tau kamera ada kat situ je..
Tmpt2 lain takdak..contoh tepi tingkap..hahahah
Bila af2..nampak ada yang berlakon2 gitchuuu...tak syiok
Quote I.K.A888990 20-5-2025 02:29 PM
suka tgk dia mengacara
kalau mengacara program hiburan asteruk mesti best

Quote Burong_Hantuk 20-5-2025 02:34 PM
AF 1 ,2 dulu quite mendunia
Quote ainie_1008 20-5-2025 02:42 PM
dlm semua AF, AF1 ngan AF2 yg best. Selepas tue langgung tak best.
Quote Kancilkering 20-5-2025 02:47 PM
nana ni failed as singer but excelled in other branch of this entertainment business….
dpt laki pun herlok …maintain je hensem
Quote jihyomelly 20-5-2025 02:54 PM
teringat nana beria2 peluk kaki burn hiburan tiap minggu nganga dpn tv layan af
Quote cmf_PariS 20-5-2025 03:29 PM
paknil mendunia masa tu.. masuk org lain tk best... eh lama dh ekkk
Quote exclusive_vvip 20-5-2025 03:33 PM
Mas satay peserta AF berapa ek? Lupa lak..AF2 ke? Glemer btol sheols time tu..
Quote nadie90 20-5-2025 03:47 PM
Edited by nadie90 at 20-5-2025 07:53 AM
jihyomelly replied at 20-5-2025 06:54 AM
teringat nana beria2 peluk kaki burn  hiburan tiap minggu nganga dpn tv layan af

Bila teringat balik rs nak tergelak....mcm la xbleh jumpa balik kat luar....kuang asam kan
Anding plak menangis menggigil smbil pegang keychain masa Edlin tersingkir
Quote nonymous 20-5-2025 03:57 PM
af1 pemula, af2 yg paling havoc, masuk af3 fenomena Tsumawi, pastu af sendu dah x hype, tapi iolss suka af6, suka tgk stacy dan nubhan, masuk af7 still layan akim, hafiz, aril, pastu dah x ikuti pasal af, af yg last pun xtahu dah, tak silap astro ada buat af yg kumpul smua yg pernah bertanding kan, lupa tahun berapa


Pelajar af yg kuat bertahan kat dunia showbiz, ada yg jd penyampai radio, pengacara, penyanyi tp smua lepas kluar af memang pemes, manjang muka depa kat show, photoshoot, program astro, cuma nak sustain yg susah, ada berapa nama je yg bertahan.
Quote sukanyanyi 20-5-2025 04:00 PM
shernazz replied at 20-5-2025 01:46 PM
Iols mmg suka af1
Sebab mmg nampak la peserta2 ni tau kamera ada kat situ je..
Tmpt2 lain takdak..co ...


Me too. Yg lap2 kamera meols tak bleh blah walopun ade yg rase manjah
Quote sukanyanyi 20-5-2025 04:01 PM
nonymous replied at 20-5-2025 03:57 PM
af1 pemula, af2 yg paling havoc, masuk af3 fenomena Tsumawi, pastu af sendu dah x hype, tapi iolss s ...


Aah 2017 kot, af megastar. N meols tak tgk yg tu
Quote sukanyanyi 20-5-2025 04:04 PM
nadie90 replied at 20-5-2025 03:47 PM
Bila teringat balik rs nak tergelak....mcm la xbleh jumpa balik kat luar....kuang asam kan
And ...

Hahahahahah omg meols dh tak ingat dh until la uols ungkit ni. Heols rase lost kot sementara masih kat dlm tu pikir nk mengharungi hari2 yg mencabar n mendebarkn tanpa sweetheart dlm umah tu

Btw meols npk edlin n fitri kat mall mana tah lepas deyols kuar tu, ade show kot
Quote A-Are 20-5-2025 04:05 PM
dulu xsemua rumah ada Astro...nak tengok Af punya pasal i ols akan pergi tidur rumah makcik iols semata mata...biasanya akan buat masak2 ada kudap kudapan dan nanges bersama2 bila ada yg tersingkir...kelakar pon ada tp itulah yg mengeratkan hubungan sesama keluarga masa tu...paling bes masa Mawi...mmg asal mawi nyanyi je meremang paderhal bila dgr balik sekarang ermmm...Astro berjaya masukkan sentimen sampai ramai sayang kat mawi...siap memaasing beli poster mawi letak dekat almari masatu
Quote sleepandream 20-5-2025 04:25 PM
tapi masa AF1 dolu sheols la haterz paling ramaiiii...
meanwhile mana nija ye? mcm ghaib terus lepas abis AF
Quote pauliza 20-5-2025 04:59 PM
Yg iols btol2 follow siap dgn diary lagi AF3 ,siap AFUNDI Mawi
Quote jelitayu 20-5-2025 05:40 PM
Edited by jelitayu at 20-5-2025 05:41 PM

AF3 or Mawi yg paling havoc satu malaysia time tu. lain2 peserta, bila dah keluar, org dah kenal lebih banyak, baru nampak sapa yg meletup sapa yg malap. tapi mawi tanpa org kenal pun alih2 tsumawi satu malaya. rasa mcm serabut betul hidup dia masa tu sebab setiap inci pergerakan diperhatikan. saban hari org tercari2 nak baca berita pasal mawi baik yg baik apatah lagi yg buruk. kalau keluar gossip, hints mesti alim/asal kg/menari kayu utk menunjuk kan mawi. sekarang dia dah bertenang, fans dia yg ramai dulu tu pun maybe ramai yg dah tua dan tak kesah sgt hal2 retis ni. so aman damai lah hidup mawi dng anak dan bininya. ini lebih baik buat beliau....werlddd....
Quote missbigrockstar 20-5-2025 07:18 PM
exclusive_vvip replied at 20-5-2025 03:33 PM
Mas satay peserta AF berapa ek? Lupa lak..AF2 ke? Glemer btol sheols time tu..


AF2 kan? Dia kena baling pen dgn tokram.
Aku ada SMS AFUNDI dia sekali sebab kesian lepas tau dia Ibu tunggal niaga satay.
Quote gerbera.memopad 20-5-2025 09:29 PM
Nana makin lama makin lawa. Pakai tudung pun stylish je

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052551 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top