CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak bagi cium, tidur hadap dinding-isteri geli tengok muka Fadlan Hazim

17-5-2025 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1240| Komen: 8|Original author: Raline

1.png


Reaksi isteri kepada pelakon Fadlan Hazim iaitu Aiya Mukhamedsalova yang kelihatan tidak mahu memandang suaminya itu selepas mencukur jambang dan misai mencuit hati netizen.

Bukan sahaja kelihatan geli dengan wajah ‘cleanshave’ tersebut, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 33, juga tidak dibenarkan untuk mencium pipi isterinya selain tidur dengan posisi menghadap ke dinding.

“Dia memang suka tengok muka saya berjambang ini. Jadi, apabila saya cukur, dia geli. Malah, dia tidak pandang muka saya selama dua hati. Mahu cium pipi dia pun tidak boleh, kami tidur pun menghadap ke dinding.


“Disebabkan itu, saya jadi fobia untuk cukur jambang dan misai saya. Kalau nak buat juga, pastikan kena beritahu dia dan diterima,” katanya kepada mStar.

Fadlan memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis doa selamat filem terbaharu lakonannya, Nar’Sata di Wisma Metrowealth International Group (MIG), Petaling Jaya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 17-5-2025 09:24 PM
macam muka colleague Iols. cuma dia rambut kerinting, bermisai berjambang.

ada sekali tu dia cleanshave, amik ko. jambu gila. dengan bibir pink, orang kata dah macam anak ikan

sekarang dia kembali ke jalan yang benar, iaitu jalan yang berbulu
Quote amyfaha 18-5-2025 01:22 AM
Alau gitu meh la tidur tepi sis... Sis sanggup tatap muka you hingga magrib esok. Hihihih.
Quote zuriey 18-5-2025 10:52 AM
Cantik body bini dia ni..
Quote afie_m 19-5-2025 09:23 AM
sayang bini ikutkan lah,gitu
Quote awenda507 19-5-2025 10:21 AM
nmpk lbh kemas bila dia cukup bulu2 tu
Quote kucingitam 19-5-2025 02:05 PM
kau pergi jela cari pipi lain utk dicium..takkan tu pun nak kena ajar..biar bini kau sedar sikit..
Quote dekmieDandy 20-5-2025 11:32 AM
heloknye la fadlan ni, dari zaman twink iklan gatsby sampai dah jadi zaddy
Quote jihyomelly 20-5-2025 12:10 PM
helok dia ni..berlakon pun ok tak kayu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.092268 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top