Pelantun lagu popular ‘Lagi Syantik’, Siti Badriah selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi perempuan, pada Khamis, 15 Mei 2025 di Mandaya Royal Hospital Puri, Tangerang, Banten.
Suami Siti, Krisjiana Baharudin, berkongsi berita bahagia ini melalui Instagram dengan memuat naik beberapa gambar anak perempuan mereka yang baru lahir.
“Alhamdulillah, pada jam 7.32 pagi tadi, kami dikurniakan anak perempuan kedua di @mandayaroyalhospitalpuri,” tulis Krisjiana di akaun Instagramnya.
Namun begitu, nama bayi comel ini masih belum didedahkan kepada umum oleh pasangan ini.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram Stories, kelihatan Krisjiana menggendong bayi mereka dengan penuh kasih sayang, manakala Siti menzahirkan kegembiraannya melihat suami begitu teruja menerima kehadiran si kecil.
“Sebelum ini, Krisjiana sering berkata, ‘Baby, ini daddy, nanti kita jumpa ya’. Tapi sekarang katanya, ‘Baby, ini daddy, kita sudah jumpa ya’,” kata Siti sambil tersenyum manis.
Pasangan ini, yang sah bergelar suami isteri sejak 25 Julai 2019, sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Xarena Zenata Denallie Baharudin pada Mac 2022.
Kelahiran anak kedua ini dianggap sebagai anugerah terindah yang melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka yang sentiasa dinantikan. - MEDIA HIBURAN
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|