BELUM genap sebulan selepas kembali rujuk, pasangan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dan suaminya, 'Aiman Tak Kisah' bercerai buat kali kedua, awal pagi Khamis. “Jangan menggigil, jangan menggigil,” kedengaran suara salah seorang individu menenangkan Siti Jamumall dalam video berkenaan. Lafaz cerai itu dilihat diulang sebanyak tiga kali oleh Aiman sebelum video berkenaan dihentikan secara mengejut. Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu. Namun, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat. Siti Jamumall kini sedang hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman. Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand pada awal Jun 2024. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Jamumall yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai pada Disember 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. - mStar |
Manusiabesa replied at 15-5-2025 03:07 AM
Aku maleh nk bekap pempuan sgt. Hritu yg siti kantoi berhutang dgn ponder mana tu kan. Time tu aiman ...
Prickford replied at 15-5-2025 11:18 AM
Tadi lalu video aiman ni ceraikan siti kat FB. Nampak mcm aiman tu dah burn out.
Manusiabesa replied at 15-5-2025 03:26 AM
Kan. Bila laki plk yg nk luah apa yg dia pendam selama ni. Rasakan la . Aku as wife pn memanjang a ...
azalia72 replied at 15-5-2025 03:58 AM
Banyak nye lahai kontroversi.
-Bertukar anak
-Serai
dewi_rina replied at 15-5-2025 04:16 PM
Pempuan ni kenapa dia nikah kat thailand? Biasa bini no 2 yg nikah kat sana
ADVERTISEMENT