Hantaran usahawan terkenal Amirah Aqilah meraih perhatian selepas menikmati hidangan mewah di sebuah restoran bersama View Chin.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amirah dan View Chin dilihat sedang makan malam bersama.
Video berdurasi selama 53 saat itu menunjukkan kos perbelanjaan makan malam mereka yang hampir mencecah RM1,000.
Benda paling best mengidam ada orang tunaikan.
Rasa bahagia.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian apabila netizen mendakwa Amirah memberi petunjuk sedang berbadan dua.
Netizen doakan
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen masih berteka-teki dengan kenyataan yang tidak jelas mengenai keadaan Amirah yang sedang hamil atau tidak. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dipermudahkan urusan buat kedua-duanya.
Sumber: OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|