CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sukar berdepan kecaman, Jeon So Min sedia cari suami kongsi emosi

13-5-2025 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 711| Komen: 8

 


BERDEPAN dengan pelbagai kecaman, pelakon Jeon So Min merasakan perlu ada seseorang di sisi untuk dijadikan pendamping berkongsi emosi. 

Situasi sebegitu juga membuatkan So Min, 39, mula berfikir sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga. 

Malah dia juga tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang tepat dan berkahwin dalam masa terdekat. 

"Akhir-akhir ini saya fikir mungkin saya perlu segera berkahwin supaya mendapat sokongan emosi yang lebih kuat untuk jalani kehidupan," katanya. 



So Min berkongsi perkara tersebut apabila menceritakan kembali pengalaman dia menjadi salah seorang anggota tetap program Running Man sebelum ini. 


Tambahnya meskipun semua ahli turut terkena tempias kecaman, namun dia antara yang sering menjadi sasaran sejak awal kemunculan. 

"Semakin banyak perhatian yang diterima, semakin banyak kita terdedah kepada perkara yang menyakitkan.

"Jika netizen berbuat demikian, kadang-kadang saya akan mengambil masa untuk merenung berfikir kenapa saya dikecam.

"Saya tahu ahli lain juga mengalami perkara sama, tetapi banyak kecaman tidak mempunyai asas sebenar," luahnya. 

So Min menyertai Running Man pada tahun 2017 sebelum mengumumkan pengunduran diri daripada program berkenaan pada 2023.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 14-5-2025 05:35 AM
fuiyo tarik diri 2023, Iols dah 2025 baru tau. nampak sangat ketinggalan kereta api

tapi kesian jugak tengok dia dalam runningman dulu, memang bersungguh stay in character, dan cuba buat lawak. tapi kadang2 member lain tak ngam dengan dia. tak dapat in sync dengan cara dia, last2 lawak dia tergantung, hambar. kena kecam
kita penonton tengok rasa kesian dan awkward. padahal tengok nak happy, nak gelak2
Quote acikonion 14-5-2025 11:06 AM
Mula2 dia join RM aku x suka btl sbb dia masuk je SJH terus lg pasif sbb dia nk bg laluan kt maknae. Tapi lama2 best la pula. Tp ok la dia tgl RM nk fokus lakonan. Umur dia pun dh berapa nk kembang karier lakonan
Quote silance 14-5-2025 11:19 AM
Dia dan SeChan tak de nilai tambah kepada RM. Format makin boring, jadi double boring.
Quote penmerah 14-5-2025 08:15 PM
Sungguh Ka Dia Baru 39? She looks older , I thought 47?
Lagi sorang Shin Min-a pun akak igt Nak dekat 50 dah
Actually ramai ye kpop retis look older than their age

Oleh kerana diorg debut lama dah Dan Masih aktif.. Most of the time akak jadi tepi/muak tgk muka yg Sama je

Harap sangat ramai muka Baru dari gen3/4/5  idol berlakon. Though berlakun kayu or such at least fresh juga la kat TV tu
Quote I.K.A888990 15-5-2025 04:17 PM
lepas dia berhenti RM
mmg meletop ke job drama film dia?
mcm gitu je sendu tak mcm si kwangsoo
Quote Mekpah2 15-5-2025 05:52 PM
penmerah replied at 14-5-2025 08:15 PM
Sungguh Ka Dia Baru 39? She looks older , I thought 47?
Lagi sorang Shin Min-a pun akak igt Nak deka ...

shin min ah tu betul..dh kerepot muka..padahal dulu comel nakmampus..ade bf pon..dari sakit sampai dh sihat xjugak kawen
Quote hunters 15-5-2025 09:21 PM
Mekpah2 replied at 15-5-2025 05:52 PM
shin min ah tu betul..dh kerepot muka..padahal dulu comel nakmampus..ade bf pon..dari sakit sampai ...

korea ada yg amalkan common law marriage...mcm2 version korean marriage yg non muslim...lg 1 diaorg percaya 7 years curse...
Quote penmerah 16-5-2025 03:30 AM
Mekpah2 replied at 15-5-2025 05:52 PM
shin min ah tu betul..dh kerepot muka..padahal dulu comel nakmampus..ade bf pon..dari sakit sampai ...

Syukur ada yang senada tentang min ah.
Bopren dia Kim Woo Bin tu hensem tul tak makan tua.  Masih sedap ditengok di kaca tv
Kene sidai lama2 dgn bopren masihlah sheol setia.... why??? Rugi usia muda sampai kerepot (bak kata sis)

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044917 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top