CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja lelaki maut digilis treler

11-5-2025 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 988| Komen: 2|Original author: tatod

1000033043.jpg



DUNGUN – Gara-gara gagal mengelak motosikal rakan yang tiba-tiba membuat pusingan U, seorang remaja lelaki maut digilis sebuah treler di Kilometer 77, Jalan Jerangau – Jabor berhampiran Bukit Besi, di sini, hari ini.


Dalam kemalangan pada pukul 2.15 petang itu, mangsa, Muhammad Afif Naufal Abdul Salam, 16, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.



Dua rakan mangsa, Muhammad Syakir Dinie Mohd. Hanafi,17, dan Muhammad Faris Afandi Fizaluddin, 26, yang menaiki motosikal berasingan pula cedera pada bahagian badan dan muka.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Belimbing, Hulu Dungun dari Plaza Tol Bukit Besi di sini.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR dinaiki Muhammad Faris Afandi dikatakan membuat pusingan U secara mengejut membuat motosikal ditunggangi Muhammad Afif Naufal dan Muhammad Syakir Dinie gagal mengelak lalu merempuhnya.


“Rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum Muhammad Afif Naufal digilis sebuah lori treler dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Maizura berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan remaja lelaki tersebut sudah meninggal dunia.


Beliau berkata, mayat Muhammad Afif Naufal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 11-5-2025 04:37 PM
Tayar kalau dah halus macam tayar beskal tu takde lain melainkan....
Quote noor2 11-5-2025 06:00 PM
Ya Allah..innalillah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.029667 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top