CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis tahan 3 suspek kes bunuh

9-7-2013 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2410| Komen: 9

Description: GEORGETOWN - Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang wanita yang ditemui mati di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Ge ...
GEORGETOWN - Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang wanita yang ditemui mati di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting, Balik Pulau semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia antara 45 dan 56 tahun itu ditahan berasingan di sekitar George Town dan Jalan Patani pada pukul 10.30 malam tadi.

"Seorang daripada suspek yang ditahan adalah teman lelaki mangsa. Polis percaya kes pembunuhan bermotif cemburu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam dua pengutip durian menemui mayat wanita tanpa dokumen pengenalan diri dalam keadaan tersangkut pada pagar sempadan kem PLKN berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

Mazlan berkata siasatan lanjut mendapati wanita warga China yang dikenali dengan nama Jun Xing, 37, adalah seorang pekerja sebuah pusat kecantikan di bandar raya ini dan tinggal di Pulau Pinang selama lima tahun.

"Wanita itu dikatakan keluar dari rumahnya pada pukul 6.30 petang, Ahad lepas dan tidak balik ke rumah selepas itu. Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan dusun itu," katanya.

Beliau berkata seorang lagi suspek yang ditahan adalah pemilik pusat kecantikan tempat mangsa bekerja.

Katanya keputusan bedah siasat menunjukkan wanita itu ditikam sebanyak 17 kali di bahagian belakang badan dan lehernya turut dikelar sepanjang 10 sentimeter menggunakan objek tajam bagaimanapun tiada unsur kekerasan seksual ditemui.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 9-7-2013 04:51 PM
SAC Mazlan Kesah??
Ada aku kesah?
Quote khailya 9-7-2013 04:52 PM
kejamnyer! suke2 hati je bunuh org
Quote izamahmed 9-7-2013 04:53 PM
"Seorang daripada suspek yang ditahan adalah teman lelaki mangsa. Polis percaya kes pembunuhan bermotif cemburu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

cemburu sampai membunuh... ish ish ish
Quote gede-bab 9-7-2013 04:59 PM
wah 5 tahun warga china ni dah dok penang...entah2 dia salah seorang pengundi hantu tak???
Quote unekspekted_XII 9-7-2013 04:59 PM
Hamdalah. kurang sorang cine. lepas 3 ni kene gantung.. kurang lagi 3 cine
Quote mamat2009 9-7-2013 05:00 PM
Jgn lepas plak
Quote izamahmed 9-7-2013 05:03 PM
mamat2009 posted on 9-7-2013 05:00 PM
Jgn lepas plak

tak lepas, penjara 1 tahun je
polis kan baik...
Quote DeMax 9-7-2013 05:10 PM
khailya posted on 9-7-2013 04:52 PM
kejamnyer! suke2 hati je bunuh org

Taliban Budhha tgh mencari mangsa
Quote mak_wa95 9-7-2013 05:13 PM
izamahmed posted on 9-7-2013 04:53 PM
cemburu sampai membunuh... ish ish ish

cemburu tanda sayang............................ sayang ke sampai sanggup membunuh.........

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052035 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top