CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ya Kulit Saya Hitam, Nak Apa Lagi?” - Haneesya Hanee

9-5-2025 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2943| Komen: 68|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-09 085716.png


Pelakon Haneesya Hanee mengakui rimas warna kulitnya sering dipermainkan sejak awal penglibatannya dalam dunia seni sehingga sekarang.

Memetik BH Online, Haneesya turut terkilan apabila ahli keluarga yang tiada kena mengena turut terkena tempias kecaman.

Menurut Haneesya lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk hentikan mulut orang ramai dari terus bercakap mengenai wanra kulitnya yang turut menjadi bahan ejekan.

“Sejak masuk pertandingan Dewi Remaja hingga hari ini, orang asyik bercakap warna kulit. Saya tak tak tahu bagaimana nak hentikan mulut orang daripada bercakap. Setiap kali serang saya, mesti mereka akan mainkan sentimen warna kulit.

“Sedangkan, mereka boleh kaitkan dengan benda lain. Contohnya, mengenai kisah hidup atau soal perhubungan. Tapi, tiap kali tak puas hati dan nak cari ‘point’ untuk maki, warna kulit gelap tetap dijadikan bahan ejekan. Ya, kulit saya hitam, nak apa lagi?,” katanya.

Sementara itu, Haneesya turut rasa simpati apabila ada netizen yang mengata mengenai dirinya turut mempunyai anak-anak memiliki kulit hampir sama dengannya.

“Saya ada juga ‘skodeng’ profil mereka yang mengata saya. Mereka menghina saya, tapi tidak kasihan kepada anak yang masih ke sekolah dan mungkin terkena perkara sama seperti saya.

“Apa pula perasaan anak-anak bila tahu ibu bapa mereka sendiri mengutuk kulit orang lain, pastinya mereka juga terasa hati,” katanya.

SUMBER: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote justchu 9-5-2025 09:06 AM
belom penah lg nampak
org kutuk2 warna kulit dia ni

org gems dgn org berkulit gelap
selalu ada Inferiority complex

sendiri terasa lepastu emo ckp org kata dia
Quote SherryZass 9-5-2025 09:09 AM
Itu jelah issuenya kalau pasal sheolls ni, warna kulit
Quote KBW2 9-5-2025 09:13 AM
Engko pun sama asyik highlight isu kulit hitam pekata ko pun move on dan fokus dan cakap benda lain. Kadang aku rasa engko yang obses dengan isu warna kulit ni bukan orang lain.
Quote dolemitecarey 9-5-2025 09:43 AM
Dia ni relevant ke?
saje cerita pasal kulit dia nak attention.
Quote kmbg 9-5-2025 09:46 AM
Edited by kmbg at 9-5-2025 09:48 AM

Iols lebih terganggu dengan gigi berlapis bawah dia tu..kulit tu exotic je xbole nk diubah melainkan ko cucuk drip la bagi putih..ni gigi tu bole lg direpair tu pakai la braces ke or cabut dulu gigi belakang tu
Quote kucingitam 9-5-2025 09:48 AM
warna kulit ko cantik dik oii.
Quote areyam 9-5-2025 10:24 AM
cantik jer klu kna pembawakan... ramai supermodel kulit hitam...
Quote cloud_jade 9-5-2025 10:32 AM
Sebelum kau ada, dayang dgn nurul merata masuk tv. Tak de pula asik cerita pasal kulitnya.

Kau memang xde cerita lain ke dik selain dari warna kulit kau tu.
Quote Shayang 9-5-2025 10:35 AM
Ini bukan hitam la
Hitam tu warna cam rambut
Bak kata anak buah aku bila lukis org kulit gelap
Dia sebut dark brown
Bebudak lebih tahu nak namakan warna2 kulit ni
Kalau yg kulit cerah tu dia guna kaler peach
Hakikatnya mana la ada org kulit putih cam susu tu apatah lagi warna putih nila.
Quote azimodin 9-5-2025 10:41 AM
Tak habis2 citer kulit dia gelap. Dayang, nurul, ning, Ummi nazera & abil pon kulit sawo matang tapi xde la meratib pasal kulit je memanjang. Bosan la dia ni.. macam xde personality gitew.
Quote prettyuglybabe 9-5-2025 10:57 AM
bila dah beku up balik pasal hitam..
padahal takde sapa pun kisah pasal kau hitam tu..
Quote cmf_premierleag 9-5-2025 10:58 AM
Eeeeiii HITAMMMNYA minah ni
Ok done cerca
Quote cmf_premierleag 9-5-2025 11:01 AM
cloud_jade replied at 9-5-2025 10:32 AM
Sebelum kau ada, dayang dgn nurul merata masuk tv. Tak de pula asik cerita pasal kulitnya.

Kau mema ...

Khuern...Dr dulu lagi elok je fans sume layan lagu2 dayang dan Nurul
Siap pilih lagu2 diorg lagi ms karaoke
Even until now, lagu2 dayang, Nurul, Ning baizura kulit gelap sume tu ada je dlm my Spotify playlist
Sbb diorg sume talented dan karya diorg bermutu dan timeless gitu walau lagu2 hits diorg dh more than 20 yrs
Quote Piramida 9-5-2025 11:01 AM
Cantik aja kulit dia ni..  Pun nampak sihat kulit dia ni.
xde masalah kat mata ai.
Quote mawarkhayalan99 9-5-2025 11:14 AM
dah 2025 dah dik engko asyik merentann je pasal warna kulit ko. yela ko hitam dik. tamat.
Quote chandrahusin 9-5-2025 11:15 AM
mcm la kau sorang warna hitam
Quote cikedee 9-5-2025 11:21 AM
selalu camtu la.. asal hitam je auto jadi buruk, asal putih melepak je auto jadi lawa. cer ko bayangkan nora danish tu kalau hitam, lawa ke? cuba tgk betul2 muka orang hitam & putih tu, banyak je yg putih tu sebenarnya x lawa pun! contoh lain, cheryl samad tu, sebenarnya lawa aku tgk..sbb x putih je kan
Quote Gianna111 9-5-2025 11:33 AM
cakap pasal hitam, ada sesiapa perasan dayang nurfaizah makin hari makin cerah?

i faham perasaan dia ni.kita perempuan emang adore dengan kulit dia.cuma lelaki je la..i ingat lagi opismate i kutuk seroang perempuan ni lawa- lawa pun i tak minat sebab hitam..itu la jantan malaysia
Quote Farnor 9-5-2025 11:36 AM
Bertahun2 dah guwe baca gosip asyik jer up pasai diskriminasi kulit.. Move on jer dik.. Ko pun dah lawa.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top