CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Azab Neraka al-Hutamah, Nora Danish Jual Semua Kasut Tinggi

9-5-2025 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 451| Komen: 4|Original author: Raline


noww.png


Pelakon Nora Danish mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tinggi berjenema miliknya selepas sedar akibat menyimpan barang yang tidak digunakan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata dia terdetik untuk berbuat demikian selepas membaca catatan ketika menghadiri kelas agama mengenai pengisian surah Al-Humazah.


Surah tersebut menceritakan mengenai neraka al-Hutamah yang merupakan tempat untuk mereka yang suka mengumpat dan mengumpul harta benda.

“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah. Neraka ketiga ke bawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.

“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” katanya.

Menurut Nora lagi, dia mahu menjual barangan yang tidak dipakai dan hasil jualan itu akan digunakan ke arah lebih baik.

“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah. Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” katanya.

SUMBER; Utusan Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 10-5-2025 12:14 AM
baguslah jual semua duit tu transfer kat saya ya nowa
Quote snowy.winter 10-5-2025 12:40 AM
Tak pun sedekah kat saya semua harta tu mesti cantik-cantik barang-barang dia. Dia ada good taste in fashion.
Quote DARSITA 10-5-2025 01:15 AM

Thread abt this dah ada la makcik.
Quote AkokKocik 10-5-2025 12:39 PM
Terkejut aku baca org pakai kasut tumit tinggi masuk melaka...rupanya org yg nyimpan barang yg x diguna, alahai tajuk pun...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.032251 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top