CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ashraf Muslim Ingatkan Dua Isteri Jangan Buka Aib Di Media Sosial

9-5-2025 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 631| Komen: 15

 


Pelakon Ashraf Muslim berpendapat media sosial bukanlah tempat untuk menyelesaikan masalah lebih-lebih lagi berkenaan soal peribadi kerana boleh membawa lebih banyak masalah.

Memetik BH Online, Ashraf turut mengingatkan pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati sebelum membuat hantaran serta memikirkan kesan terhadap keluarga 

“Jangan jadikan media sosial sebagai platform untuk selesaikan masalah sebab tidak semestinya di platform ini dapat membantu meringankan bebanan.

“Sebaliknya, media sosial menyumbang masalah lebih banyak, jadi kena berhati-hati. Tidak semestinya orang luar suka atau sokong kita.

“Kalau sayangkan diri, keluarga dan orang sekeliling, berhati-hatilah dalam membuat keputusan berkongsi dalam media sosial,” katanya.

Sementara itu, Ashraf berkata masalah membabitkan keluarga sepatutnya disimpan dengan kemas dan bukanya didedahkan kepada umum.


Malah, Ashraf turut mengingatkan kedua-dua isterinya supaya memanfaatkan penggunaan media sosial dengan sebaiknya dan kebaikan mahupun keburukan serta aib perlu dijaga. 

“Keluarga adalah harta yang perlu dijaga dengan baik. Tidak kisah sama ada kebaikan, keburukan atau aib, sebagai keluarga kitalah perlu jaga dengan baik.

“Ibarat seperti kereta rosak, takkan nak biarkan tengah jalan begitu sahaja. Kitalah yang kena baiki sikit demi sikit. Janganlah kita gunakan amarah dengan selesaikan di tempat yang tidak sepatutnya, termasuklah media sosial.

“Media sosial adalah platform yang bagus, tetapi kalau digunakan dengan cara tidak bagus, lama-kelamaan ia akan merosakkan hubungan dengan orang tersayang, diri sendiri dan keturunan,” katanya.

SUMBER: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 9-5-2025 01:20 PM
Ashraf muslim bermuka komeng skrg
Quote cm_vungtau 9-5-2025 01:24 PM
Takut lettew
Quote chandrahusin 9-5-2025 02:37 PM
sukacactus replied at 9-5-2025 01:20 PM
Ashraf muslim bermuka komeng skrg

hahaha
adoii
aku pun tepikir
dh kenapa tajuk AM
muka komeng?
Quote amyfaha 9-5-2025 02:54 PM
Engko pun turunkan payung emas dari thailand ke 1st wife bang. 24jam berkepit DsF melaka. Sewel
Quote lazim 9-5-2025 03:16 PM
Yebbi ambik tauladan pls. Menggaruk2 last2 dok kat genkru muka serba xkena. Malu la teww
Quote OlalaBanana 9-5-2025 05:55 PM
xdop pekdoh
Quote pocongkiutss 9-5-2025 05:58 PM
Komeng tu saiko ke apa..yg acah2 bini kedua berniqab tu nilam jugek kan..haha
Quote ninja boy 9-5-2025 05:58 PM
Edited by ninja boy at 9-5-2025 06:04 PM

Suami2 kena tadah telinga bebelan bini masalah bini kalau buat bodo x selesai masalah bini2 akan cerita kawan2 terdekat masalah depa, kalau xde kawan terdekat depa cerita kat media sosial
Contohnya laki isap dadah berhutang along cabul budak gila janda gila judi nak sorok2 dan diam2 ka ajak discuss x mau discuss
Quote seibei 9-5-2025 06:11 PM
sukacactus replied at 9-5-2025 01:20 PM
Ashraf muslim bermuka komeng skrg

hahaa... berkali2 tgk blk gmbr dan tajuk cerita
Quote sukanyanyi 9-5-2025 06:19 PM
sukacactus replied at 9-5-2025 01:20 PM
Ashraf muslim bermuka komeng skrg



Kan....
Quote timah03 9-5-2025 07:05 PM
pocongkiutss replied at 9-5-2025 05:58 PM
Komeng tu saiko ke apa..yg acah2 bini kedua berniqab tu nilam jugek kan..haha

Aipppppp... Hati2 comment... Lawyer nilam memerhati...katanya nak saman kalau cakap muka sama...
Quote pocongkiutss 9-5-2025 08:21 PM
timah03 replied at 9-5-2025 07:05 PM
Aipppppp... Hati2 comment... Lawyer nilam memerhati...katanya nak saman kalau cakap muka sama...
: ...

Kecoh aa..bukak la niqob tu tunjuk live skali bertiga .yg penting nk tgk mata tu sama ke tak
Quote Minami2013 9-5-2025 08:24 PM
Orang2 yg gile nak viral... 3-3 org ni semak je dgn masalah rumahtangga sebar dlm socmed. At least ce, jofliam n isteri baru dia tu elok sikit muka.
Quote sharlenetexas 9-5-2025 08:42 PM
Silap gambar silap orang?


Quote rastaf 10-5-2025 12:23 AM
sukacactus: Ashraf muslim bermuka komeng s ...


hahaa tula aku pun terkejut [em:3:]

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.037538 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top