
Pakaian yang dikenakan oleh pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sekali lagi menjadi perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Daiyan atau nama lengkapnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah siap didandan oleh jurusolek.
Dalam pada itu, selebriti berusia 31 tahun tersebut turut menggayakan baju berwarna kuning lembut dan tidak berlengan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang melihat baju yang digayakan oleh pelantun lagu Penat itu, malah ada yang turut mempersoalkan tentang ibadah umrah yang dilakukannya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang berdoa agar Daiyan akan terbuka hati untuk menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.
Sumber: TikTok Shiyojoo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|