CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri pelakon tidak boleh terima anak tiri?

28-4-2025 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3930| Komen: 17|Original author: tatod

1000023575.jpg





Al-kisah, adalah seorang pelakon lelaki ini bercerita dengan Cik Bunga semasa kami bertemu di satu acara hiburan baru-baru ini.


Hendak kata luahan, tidak. Hendak kata sekadar berkongsi pun tidak. Sebabnya, Cik Bunga rasa dia ini lebih kepada hendak memburukkan bekas isterinya. Iyalah, kalau hal sudah lepas, mengapa pula hendak diungkit lagi perkara lama, betul tak?


Luah si pelakon suam-suam kuku ini, kononnya, semasa dia masih bergelar suami, isterinya tidak boleh menerima anak-anak hasil daripada perkahwinan terdahulunya dengan bekas isteri pertama.


Cik Bunga tanyalah, apa sebab dia jadi begitu?


“Aku pun tak tahu hendak cakap macam mana. Aku perasan dari awal kami bernikah, dia memang tidak dapat terima anak-anak aku.



“Kalau aku pergi ke rumah bekas isteri untuk jumpa anak-anak, keluar dengan anak-anak, mesti ada sahaja perkara yang cuba dicetuskannya. Sudah cuba untuk merapatkan hubungan sebagai sebuah keluarga, tetapi dia macam tak boleh terima juga,” kata si pelakon itu.


Pelakon itu mendakwa itu menjadi perkara pokok mengapa dia tidak lagi boleh meneruskan ikatan perkahwinan dengan wanita itu yang kini sudah menjadi bekas isterinya.


Cik Bunga mengangguk sahaja konon mengiyakan apa yang dikatakan pelakon itu. Walhal, dia ingat kita tidak tahu yang dia pun buat perangai juga.


Iyalah, tak jaga kebajikan isteri, tidak bertanggungjawab, asyik keluar dengan kawan-kawan sampai isteri di rumah terabai dan ada skandal di belakang isterinya tetapi dia boleh cakap yang punca perceraian disebabkan isteri tidak boleh terima anak-anak. Apa dia fikir Cik Bunga ini tidak tahu.


Cik Bunga rasa, bekas isteri pelakon ini tentu lega dan semakin tenang apabila sudah tidak lagi bergelar isteri kepada pelakon itu. Lebih baik hidup sendiri daripada hidup bersama lelaki durjana.


Sudah berpisah pun tetap mahu burukkan bekas isteri. Memang jenis manusia tidak serik dengan kontroversi. - UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Salwarahmad 27-4-2025 09:58 PM
Sapa pulak ni...haha...awai lak masuk
Quote I.K.A888990 27-4-2025 11:30 PM
bosan lah cikbunga gosip2 yg dah kawen ni

cuba share retis2 single bbnu pulak haha
Quote DukunSentet 28-4-2025 12:04 AM
Mesti si Syuk nie.. Moga tembakan ai mengena..
Quote annehuda 28-4-2025 12:23 AM
Pelakon suam-suam kuku ke mmg sejuk beku?
Quote sukacactus 28-4-2025 12:34 AM
Kalau dah kata suam2 kuku, kita pun xminat la nak berspeku bagai
Quote SANKURIANG 28-4-2025 06:19 AM
Cik Bunga punya gossip sering tak menjadi, hambar aja…wpun dah bubuh tajuk yang kebaboom, try harder Cik Bunga..atau meh sini belajar dgn acikpor..kam8 lagi advance. OT jap, apa cietr Ina Naim dgn laki baru dia ye….dah ngandung ke belum? Senyap aja, dah tak ada Live ke kat TT?
Quote dolemitecarey 28-4-2025 09:40 AM
Bosan la gosip Cik B.
Entah betul ke x.
Quote nazzse 28-4-2025 09:41 AM
Reporter hiburan terpaling hauk betul cik bunga ni. Grad mana xtau lah, buat malu alumni je.

Semua gosip bosan nak mampos
Quote AlyaAsylo 28-4-2025 09:44 AM
Terang lagi bersuluh
Quote DeLuna85 28-4-2025 09:45 AM
Ntah2 gosip jiran2 tiba2 up sebagai gosip retis. Asal ada story. Itulah dia cik bunga.
Quote Shayang 28-4-2025 10:46 AM
Pelakon duda jadi duda lagi nih?
Quote BoongaKertas 28-4-2025 11:37 AM
cik bunga ni punya gosip mcm so yesteryear lah. dia mcm acik2 tingkap. hahaha! mai belajar ngan acikpor yg power2 dlm por ni ha.
Quote seri_mawr 28-4-2025 11:49 AM
pelakon duda ...
perkahwinan pertama ada anak..
pelakon suam2 kuku....
bercerai isteri ke dua so menduda lagi sekali..
tuduh isteri..padahal dia x jaga kebajikan isteri

knp iouls rasa mcm bekas DJ tu and bekas pengaacara ICSYV tu...
tp ni pelakon bukan suam2 ...dia ni sejuk beku terus....
Quote KamikuP 28-4-2025 02:53 PM
Syuk gundu le ni - kataku berterus terang tanpa berselindung.. ekekeke
Quote Lorra2411 28-4-2025 04:29 PM
alamak,,, sapa erk???
Quote MadameOnion 29-4-2025 12:37 PM
suam suam kuku hahahahahahahahahahahahahhahaha
Quote Kuin-Kepam 5-5-2025 08:45 AM
gosip ke..teka silang kata?
ko nak suruh org berteka-teka dah knp...
ko cik bunga stuck zaman 80an ke dek...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.176850 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top