CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajaib budak 9 tahun jatuh tingkat 25 tapi selamat, otak tak rosak

22-4-2025 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1017| Komen: 0|Original author: Raline

ot.PNG


Beijing: Keajaiban berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di utara China terselamat selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat 25.

South China Morning Post (SCMP) memetik Beijing News melaporkan, insiden tular di laman sosial itu berlaku di Tangshan, wilayah Hebei, pada 27 Mac, ketika kanak-kanak itu bersendirian di dalam biliknya.

Disebabkan panas, kanak-kanak yang belum didedahkan namanya itu mengambil keputusan untuk membuka tingkap.

Malangnya, struktur tingkap itu longgar, menyebabkan dia terjatuh di atas pelantar 18 tingkat di bawah dan tidak dapat berpaut dengan apa-apa untuk menyokong dirinya, kata ibunya, yang bernama Shen.

Shen berada di tempat kerja ketika kejadian dan menerima panggilan daripada suaminya, yang mengatakan anak perempuan mereka hilang.

"Anak perempuan saya sepatutnya membuat kerja rumah di biliknya. Bagaimanapun, apabila suami memanggil anak untuk makan malam, dia tidak dapat menemuinya.

"Dia melihat ke luar tingkap tiga kali tetapi tidak melihat sesiapa di atas tanah, kecuali sepasang selipar," katanya.

Keluarga itu mengetahui keberadaan kanak-kanak perempuan mereka apabila pengurus hartanah komuniti mereka menghubungi dan memberitahu anak mereka terbaring di platform tingkat tujuh.

"Seorang penduduk di tingkat tujuh terdengar bunyi bising dan menyedari sesuatu terjatuh.

"Mereka keluar, mendapati ia adalah seorang kanak-kanak perempuan, dan menghubungi syarikat pengurusan hartanah," kata Ai, rakan sekerja Shen yang menemaninya dan suaminya ketika mencari anak perempuan mereka.

Menurut Ai, kanak-kanak itu sempat berjalan beberapa langkah dari tempatnya terjatuh dan ia punca bapanya tidak dapat melihatnya dari rumah mereka, jelas Ai.

"Dia berjalan beberapa langkah kemudian terpaksa baring kerana berasa terlalu sakit.

"Apabila kami menemuinya, dia memakai pakaian sekolah dan terdapat banyak darah di bahagian mulut dan telinganya.

"Matanya bengkak dengan darah beku namun dia sedar.

"Kami ketakutan. Saya kecewa. Perkara pertama yang anak perempuan saya katakan apabila dia melihat saya ialah, ''ibu, selamatkan saya," kata Shen.

Memandangkan semua hospital di Tangshan enggan merawatnya dalam keadaan ini, ibu bapanya dengan cepat membawanya ke hospital di Beijing dengan jarak kira-kira 200 kilometer (km).

Di Hospital Kanak-Kanak Beijing, kemudahan perubatan utama, kanak-kanak itu didiagnosis dengan patah tulang di lengan, jalur kening dan tulang belakang toraks.

Menurut Shen, anaknya bernasib baik kerana otaknya tidak rosak.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.029498 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top