CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Istiadat Pengebumian Negara: Warganet tegur etika pakaian penyampai radio

16-4-2025 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9698| Komen: 116|Original author: tatod

1000016025.jpg


KUALA LUMPUR : Kemunculan pasukan penyampai sebuah stesen radio popular di majlis penghormatan terakhir pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mendapat kritikan warganet apabila kedua-dua mereka tampil tanpa mengikut etika pakaian yang bersesuaian.


Menerusi tinjauan di ruangan komen Instagram stesen radio tersebut dikecam kerana gagal membuat persiapan dengan baik untuk hadir ke majlis melibatkan tokoh kenamaan negara.


Menerusi video tersebut, salah seorang penyampai dilihat terlalu santai mengenakan sekadar baju T, berseluar jeans biru dan bertopi sementara seorang lagi penyampai pula hadir dengan memakai baju kurta, berseluar jeans hitam serta beg silang.


Berdasarkan komen yang dibuat oleh pengikut dan warganet di platform tersebut, kedua-dua selebriti tersebut dikritik sebagai tidak menghormati majlis



“Sepatutnya dia tahu nak buat penghormatan terakhir kepada arwah tapi pakaian itu satu hal, ini dengan topi lagi, AllahuAkbar tak ada ertika berpakaian.


“Peliklah. Nak dikatakan Gen Z umur dah 40 lebih. Tolonglah,” tulis seorang pengguna.


“Bila orang tegur etika berpakaian, nama pun memberi penghormatan kepada seseorang yang berjasa pada negara, kenyataan rasmi dah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).


“Sebagai selebriti patut lebih cakna hal-hal seperti ini. Tak salah pun pakaian mereka tetapi teguran orang itu betul.


“Sekurang-kurangnya ada kesopanan untuk memakai baju hitam atau bersongkok atau berkopiah. Itu namanya tanda hormat,”tulis seorang lagi pengguna.


Penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari ini.


Jenazah Perdana Menteri kelima itu akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebaik selesai solat zohor hari ini.


Semalam, kerajaan memutuskan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’, hari ini.


Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.


Tokoh negarawan berjiwa rakyat ini meninggal dunia pada usia 85 tahun.


Turut hadir ke majlis pengebumian ialah

bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; serta bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Selain itu, turut hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.-UTUSAN









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 15-4-2025 08:30 PM
last minit kene turun on location kot...
Quote haruslah 15-4-2025 08:53 PM
Memang last minit
Tapi boleh je tanggalkan cap tu
Lelaki paling senang la dress code, kalo pompuan yer la mcm2 hal

Btw, jgn la kata soal dosa pahala agama style gitu
etika, protokol...tu yg penting tau....
Kot yer x sempat baju melayu, buang cap tu kejap....
Quote Nizleen86 15-4-2025 09:39 PM
AG tu elok je boleh pakai kurta & kopiah dari awal dalam konti lagi. Arwah tun tu meninggal bukan mengejut. Banyak masa utk ko prepare utk bertugas esok pagi. Jangan kata last minute kena pergi. Benda macam ni ko boleh agak dah. Ko keje media kot. Pak mertua geng satu konti meninggal takkan korang tak datang melawat?
Quote Incanto 15-4-2025 09:46 PM
ada netizens polis aurat yg defend johan kata  pompuan yg tak tutup aurat dgn sempurna lagi teruk

hel lo…ni soal adab dan protokol bukan aurat
Quote Piramida 15-4-2025 10:14 PM
Byk buat hal lah all these penyampai2 radio kategori pelawak2 ni... Tak beradap.
Quote Piramida 15-4-2025 10:15 PM
Edited by Piramida at 15-4-2025 10:16 PM

Bknnya last minute pun mcm kan baru tahu sejam dua news kematian....
Quote epis 15-4-2025 10:30 PM
Michelle yeoh pon elok je berselubung dtg.
Quote mawarberbisa 15-4-2025 10:33 PM
busuk betul si johan ni.. dengan tshirt pendek seluar jeans bertopi. alasan tak ready nk pegi masjid tu sgt tak valid. takde adab langsung. tapi apa nak heran, pelawak2 kat malaysia ni mmg bodoh dan problematic
Quote tumpanglalu74 15-4-2025 10:50 PM
Perosak2 majlis.  
Quote Kancilkering 16-4-2025 07:22 AM
nak kena direhatkan ke. macam mana….
Quote bulalof 16-4-2025 07:40 AM
pathetic and idiotic.
Quote jihah_kudat 16-4-2025 07:47 AM
apa yang kita harap kan dari seorang yang ada rempit vibe baik laki baik bini..kalau ko last minute turun pun tak prepare ke nyah sah2 ko tu satu konti dengan kj..kita pi tengok jiran mati pun pakai proper..ini kan plak lagi expm..
Quote chandrahusin 16-4-2025 08:00 AM
Michelle Yeoh pun boleh datang dgn proper tudung
korang tu geng KJ
dr mlm dh tau mantan PM meninggal
tak pyh bg alasan lah
dgn cap pun tak tanggal
mat saleh pun tau tanggal topi bila bagi penghormatan
Quote princessmiang 16-4-2025 08:06 AM
Sejeniskurang adab x cakna protokol negara
Quote shahima99 16-4-2025 08:08 AM
biadab ..1 je nk tulis..ada pulak tu nk membela dia .. xde alasan la..kalau pun xde baju sgt..cap tu tlg bukak la ngok..
Quote azimodin 16-4-2025 08:10 AM
Jangan tipu la langsung xde baju melayu hitam. Tak pon pakai la kemeja hitam dengan seluar slack ke? Ko bukan budak2 uni yang hanya ada t-shirt / kemeja kotak2. Ada banyak masa dari announcement ke majlis pengkebumian. Dah la petugas media, kenal pulak dengan KJ. Xde respect langsung ya
Quote rain2169 16-4-2025 08:17 AM
kannnnn...
patut dah ready dan sedia  apa nak pakai sebab arwah meninggal dari mlm tu.
pelawak ni sangat tak menghormati majlis.
Quote rosewhite 16-4-2025 08:25 AM
chandrahusin replied at 16-4-2025 08:00 AM
Michelle Yeoh pun boleh datang dgn proper tudung
korang tu geng KJ
dr mlm dh tau mantan PM meninggal ...

betul, siap berstoking lagi
Quote Samerosie 16-4-2025 08:33 AM
chandrahusin replied at 16-4-2025 08:00 AM
Michelle Yeoh pun boleh datang dgn proper tudung
korang tu geng KJ
dr mlm dh tau mantan PM meninggal ...

Kan.. Tengok semalam kat news mantan singapore PM pun wife dia pun bersiap dgn shawl baju labuh hitam.  

Mamat pelaaak tu rumah dekat je pum x boleh balik dulu ke tukar.  Ni nanti ada lah alasan dia bg tuk counter.

1000051722.jpg

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055051 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top