CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral pelajar UiTM pakai jubah Ku Klux Klan (KKK)

16-4-2025 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1415| Komen: 5|Original author: Raline

kk.PNG


SHAH ALAM – Video sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengenakan jubah seakan Ku Klux Klan (KKK) sehingga tular adalah sebahagian sesi pembentangan tugasan akademik.

Ia merupakan pembentangan dibuat oleh pelajar Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, bagi kursus Contemporary Global and Legal Issues.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, tugasan berkenaan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Katanya, pelajar telah memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum dan kebencian berasaskan warna kulit, yang merupakan antara pelanggaran hak asasi manusia yang pernah berlaku di beberapa negara.



“Kostum serta elemen visual yang digunakan bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap topik yang dibentangkan, serta memberi gambaran lebih menyeluruh dari perspektif sejarah dan global.

“Pendekatan visual itu adalah sebahagian daripada kaedah pedagogi bagi menyokong penyampaian berimpak tinggi dalam kelas, selaras dengan objektif kursus yang mendorong pemikiran analitik serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar,” katanya hari ini.

Menurut Shahrin, pensyarah dan pihak fakulti yang bertanggungjawab turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal dan berlandaskan prinsip akademik, tanpa menyentuh sebarang sensitiviti berkaitan agama, budaya mahupun perkauman.

Tegasnya, tiada sebarang elemen penghinaan terhadap mana-mana agama disebut atau dibincangkan sepanjang sesi tersebut berlangsung.

“UiTM juga menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menitikberatkan nilai sejagat seperti toleransi, hormat-menghormati dan kepekaan antara budaya dalam semua aktiviti akademik dan kokurikulum.

“Institusi ini kekal komited terhadap pendekatan pendidikan yang bertanggungjawab, beretika, dan berorientasikan pemikiran kritikal demi membentuk generasi pelajar yang matang dan peka terhadap isu global,” katanya.

Justeru, beliau berharap penjelasan ini dapat memperjelaskan keadaan sebenar dan menamatkan salah tafsir terhadap tugasan yang dijalankan itu.

“UiTM akan terus memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajar secara holistik dan menyeluruh.

“Kita turut menyeru semua pihak agar menilai insiden seperti ini dalam kerangka akademik dan tidak menafsirkannya di luar konteks asal, selaras dengan semangat pendidikan inklusif dan dinamik yang menjadi tunjang pengajian tinggi negara,” katanya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 15-4-2025 03:48 PM
in a multiracial country, kenapa mesti bangkitkan tentang KKK?
Quote Radzor 15-4-2025 05:36 PM
bulalof replied at 15-4-2025 03:48 PM
in a multiracial country, kenapa mesti bangkitkan tentang KKK?

kalau baca situ dia tulis global
Quote dani-rox 15-4-2025 07:48 PM
Katanya, pelajar telah memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum dan kebencian berasaskan warna kulit, yang merupakan antara pelanggaran hak asasi manusia yang pernah berlaku di beberapa negara.


Masih berlaku kot. Pernah dengar tak sundown towns?
Quote Enola 15-4-2025 08:31 PM
Subjek apakah ini
Quote awanearisu 15-4-2025 08:37 PM
Enola replied at 15-4-2025 08:31 PM
Subjek apakah ini

Ada dinyatakan di dalam artikel:

Ia merupakan pembentangan dibuat oleh pelajar Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, bagi kursus Contemporary Global and Legal Issues.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.040371 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top