CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies bagi duit raya RM30-RM50, minta peminat doakan supaya jadi lebih kaya

15-4-2025 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1456| Komen: 20|Original author: Raline

RH.PNG


Tidak lokek untuk berkongsi rezeki, pelakon Ruhainies bermurah hati memberikan duit raya kepada peminat bertuah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, berkata, bukan nilai menjadi ukuran, sebaliknya keikhlasan hati dan niat membahagiakan orang lain adalah keutamaan.

“Kepada yang sudah menerima duit raya daripada saya, saya harap dapat membuatkan awak semua tersenyum seperti saya bahagia hari ini.

“Guna sebaiknya ya, walaupun tak banyak mana tetapi saya senang melihat anda semua gembira. Saya minta doakan saya supaya saya boleh memberi lebih banyak lagi. Insya-Allah.

“Saya tak tahu antara doa siapa diangkat. Rezeki orang dapat hari ini sebenarnya sudah tertulis. Siapa tak dapat jangan sedih, ada rezeki nanti saya kongsi lagi,” katanya menerusi satu hantaran dala. Instagram Story.



Tambah pelakon drama Jejak Karmila itu, sebelum pemberian dibuat, dia menerima terlalu banyak mesej peribadi daripada peminat yang meminta duit raya untuk keperluan asas.

“Saya terima banyak DM (mesej langsung menerusi Instagram) nak duit raya. Comellah kalian. Ada nak bayar rumah sewa, yuran kolej, kereta dan macam-macam lagilah.

“Sayangku, saya cuma nak kongsi duit raya tidaklah sampai beribu-ribu ringgit seorang. Pengsan saya kalau macam ini.

“Saya nak bagi seorang RM30 atau RM50 tapi saya akan pilih sekurang-kurangnya 10 orang. Saja suka-suka, cukuplah nak beli aiskrim atau mainan anak-anak,” ujarnya.



Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, tindakan Ruhainies tetap menyentuh hati ramai pihak yang terharu dengan keprihatinannya terhadap peminat.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-4-2025 09:34 PM
Awat x cantik sungguh gmbr pertama tu?
Quote pocongkiutss 14-4-2025 09:47 PM
Dia ni entahlah ..cemana leh jd retis eh..bakat takde..rupa so so..akak dia lawo la juga walau kulit ala2 barokbah
Quote Carcosa 14-4-2025 09:49 PM
Muka dah mcm emping jagung
Quote pocongkiutss 14-4-2025 09:53 PM
Edited by pocongkiutss at 14-4-2025 11:39 PM

apo terdoublepost
Quote lucky_peace 15-4-2025 12:09 AM
pocongkiutss replied at 14-4-2025 09:53 PM
apo terdoublepost

Kulit barokbah pon x flawless ke?
Quote manop 15-4-2025 09:19 AM
lama tak makan nasi kandar dalam ferarri ...
Quote xixin5230 15-4-2025 09:43 AM
Carcosa replied at 14-4-2025 09:49 PM
Muka dah mcm emping jagung

Sampai hati kauuuuuuii…
Sampai tesedak aku ketawaaa
Quote xixin5230 15-4-2025 09:44 AM
Yg aku ingt pasal dia ni, video masa nk ambik injection umrah..manja kaliiiiiiiiiiii..
Quote aciksenah 15-4-2025 09:47 AM
Baik la peminat doakan diri sendiri dulu kaya..
Quote lilacomot 15-4-2025 09:50 AM
dia ni jd retis pun sbb muka konon mcm nora danish celup je..
Quote hokeypokey 15-4-2025 06:56 PM
suh la alep doakan kau kaya, pastu ko bela dia kt rumah diam2
Quote sapeka 15-4-2025 11:24 PM
Sekarang tak cukup kaya?
Quote Farnor 15-4-2025 11:39 PM
Diam2 p kerja sdah lah.
Quote Kuin-Kepam 16-4-2025 12:05 AM
tempek bedak berkati pun cam tu je ko.
klau kt yindon...berlakon jd maid je ko neh..
Quote afie_m 16-4-2025 09:23 AM
tgk dia ni, mesti teringat kek wajah dia, tak leh tahan nak gelak..hahaha
Quote KamikuP 16-4-2025 03:04 PM
Makin lama, muka dia dah nak macam muka kek harijadi dia yg tak jadi tu.. ekekekek
Quote mrsLucky 16-4-2025 07:24 PM
slyfynx replied at 14-4-2025 09:34 PM
Awat x cantik sungguh gmbr pertama tu?

pernah nampak dia...muka awam jer... tapi friendly
Quote irvene 16-4-2025 10:59 PM
knp aku teringin jumpa dia in real life? tiber.
hakak dia selalu dah jumpa.
Quote disneyrecess 17-4-2025 02:01 AM
ruhanat ni aku xreti nak ulas mcm mana muka dia. serba tak kena! mulut terlalu bertepu dgn lowder pstu tone muka terlampau cerah xbalanceeeeee

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040234 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top