CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza latih Aafiyah cabar kemampuan diri sertai olahraga, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

14-4-2025 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 962| Komen: 7|Original author: tatod

1000014662.jpg



MEMASUKI usia tujuh tahun, anak perempuan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah (Aafiyah) kini semakin aktif menceburi bidang sukan.


Buktinya, pada hari sukan sekolah baru-baru ini Aafiyah menyertai dua acara larian. Minatnya terhadap sukan olahraga dikatakan hasil dorongan daripada ibunya yang juga aktif bersukan seawal usia kanak-kanak.


"Hari sukan sekolah Aafiyah, pengalaman berharga untuk anak ibu, cabar diri untuk berikan yang terbaik.


"Ibu dulu nikmati setiap pengalaman indah ini, ibu menang dan kalah setiap kali dalam sukan, tapi paling suka bila ibu cabar diri dan habiskan setiap larian, good job Aafiyah," ujarnya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.





Sewaktu zaman persekolahan, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu antara pelajar aktif bermain sukan bola jaring.


Bahkan, TokTi, 46, juga menjadi pembawa obor api bersama pelakon, Fasha Sandha pada Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan.

Bukan itu sahaja, beliau yang pernah memasang impian menjadi polis juga rajin berkongsi di media sosial rutinnya menjaga stamina, penampilan dan kesihatan diri antaranya dengan bersenam di gimnasium, berbasikal dan bermain badminton.


Untuk rekod, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah selepas menjalani proses In Vitro Fertilization (IVF).

Pasangan romantis itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Afwa yang dilahirkan pada April 2021. — Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 13-4-2025 08:00 PM
Nampak tinggi dia, tokti pun bukan jenis rendah kan
Quote sleepandream 13-4-2025 09:00 PM
tokti zaman anak dara mampu nyanyi sambil naik turun tangga pusing satu stadium... tengok jela konsert mega 2001 tu... penyanyi bbnu sekarang baru nyanyi 1 lagu dekat dewan serbaguna pun dah terseksa menengoknya
Quote apedehal 13-4-2025 10:25 PM
Comey betul tokti masa muda
Quote acikonion 15-4-2025 11:40 PM
Lawa btl Tokti zaman muda. Sangat2 la lawa.  X jemu tgk
Quote toynme 16-4-2025 08:29 AM
sampai skrg lawo betul beliau
Quote BungaKencana 16-4-2025 11:34 AM
tokti sentiasa cantik dari zmn takde duit smpai ke zmn berduit.. dah berduit lg la bertmbh2 cantik..
Quote syamzana 16-4-2025 12:13 PM
comelnya tokti jaman remaja...
teringat senior iols cite pernah ada game bola jaring dgn sek tokti kan main pljr lelaki dok siti...siti...tepi padang. waktu tu ada pic reramai lepas game dgn peluh2 kepamss tetap tokti mabeles oiiii comel lote

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.035800 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top