KUALA LUMPUR: Peraturan imigresen yang semakin ketat dengan operasi penguatkuasan serta penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sering dibuat secara besar-besaran sebelum dilapor media massa secara meluas, menyebabkan Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan utama warga Indonesia untuk datang bekerja di sini. Mereka kini dikesan mula tertarik untuk mengisi peluang pekerjaan dalam sektor kolar biru, iaitu bidang pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi seperti di negara Eropah, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, mengakui Malaysia tidak lagi menjadi pilihan utama tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk mencari pekerjaan sejak tiga tahun kebelakangan ini hingga hampir tiada yang kembali ke negara ini selepas pulang untuk suatu tempoh panjang. Beliau mendedahkan, bilangan rakyatnya yang mempunyai dokumen lengkap di Malaysia sebelum pandemik COVID-19 adalah 1.13 juta, sementara warganya tiada dokumen atau menjadi PATI di negara ini dianggarkan sekitar 1.5 juta orang.
"Perangkaan pekerja Indonesia berdaftar sebelum COVID-19 ialah seramai 1.13 juta, manakala bilangan tanpa dokumen dianggarkan kira-kira 1.5 juta dengan keseluruhannya berjumlah lebih 2.5 juta orang. "Namun, susulan pandemik COVD-19 dan adanya sekatan pergerakan membuatkan ramai kembali ke Indonesia dan statistik terkini bilangan pekerja berdaftar hanya tinggal sekitar 585,000 orang, sekali gus mencatatkan penurunan mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya kepada BH. Justeru, dengan penurunan signifikan itu, Hermono yakin bilangan rakyat Indonesia yang tiada dokumen berada di negara juga berkurangan mendadak. "Mengikut anggaran saya, jumlah rakyat Indonesia yang berada di Malaysia hanya tinggal kira-kira 1.5 juta atau kurang daripada itu tidak kira mereka ada atau tiada dokumen. "Malah kita lihat statistik dari Malaysia sendiri, bilangan pekerja asing Indonesia bukan lagi nombor satu kerana jumlah rakyat Bangladesh menjadi nombor satu. "Jumlah pekerja Indonesia di Malaysia untuk tempoh tiga tahun lalu, turun dengan mendadak. Kedutaan (Indonesia) tidak lagi sibuk hingga jam 12 tengah malam, sekarang jam 3 petang, semua urusan (kedutaan) selesai," katanya. Bimbang kena tangkap Beliau mengakui TKI tertarik bekerja di destinasi atau negara lain susulan peraturan imigresen Malaysia semakin ketat, termasuk operasi penguatkuasaan, penangkapan yang diketahui melalui laporan media massa membuatkan mereka bimbang ke negara ini. "Malaysia sebelum ini menetapkan pengambilan akhir pekerja asing pada 31 Mei 2024 berikutan isu lebihan tenaga kerja kecuali pengambilan dari sektor perladangan dan pekerja domestik. "Berikutan keterbatasan pekerjaan itu, rakyat Indonesia kini lebih tertarik ke destinasi lain seperti Jepun, Eropah, Taiwan dan Hong Kong bagi mengisi peluang bekerja dalam sektor tidak berkemahiran tinggi (pekerjaan kolar biru). "Lebih menarik lagi, Hong Kong yang sebelum ini menawarkan pekerjaan domestik, selepas ini akan membuka peluang pekerjaan sektor formal untuk diisi warga asing. Begitu juga dengan Singapura, jadi rakyat Indonesia mempunyai peluang lebih terbuka," katanya. Ditanya mengenai peluang pekerjaan baharu wujud di Indonesia menerusi pembukaan Ibu Kota Nusantara yang dijadualkan pada 2028, Hermono menafikannya kerana pusat pentadbiran baharu itu hanya memberi kesan kecil serta hanya dapat menyerap sebilangan kekosongan dalam bidang tertentu. "Faktor Nusantara itu hanya sebahagian kecil sahaja kerana sekarang ini memang terdapat kecenderungan peningkatan pengangguran di Indonesia. "Sedangkan faktor peluang pekerjaan di negara lain, menjadi faktor pendorong rakyat Indonesia bertumpu ke sana, tetapi Malaysia tidak lagi jadi pilihan tunggal untuk TKI bekerja. "Jadi ini membuatkan semakin tidak ramai akan bekerja di Malaysia. Data akan jadi mendatar sahaja, termasuk kalangan mereka yang mengikuti program repatriasi migran, mereka akan disenarai hitam dan tidak akan masuk lagi," katanya. Buruh Bangladesh paling ramai Dalam perkembangan lain, Hermono menjangkakan, bilangan rakyat yang kembali ke Indonesia bagi meraikan Aidilfitri tahun ini jauh berkurangan kerana sambutan itu kurang meriah disambut berbanding Aidiladha. "Kita jangka hanya sekitar 10,000 orang akan mudik sempena Aidilfitri ini berbanding antara 20,000 hingga 25,000 TKI yang kebanyakan berasal dari Lombok dan Madura berbuat demikian pada Aidiladha. "Ada kemungkinan mereka yang pulang ke kampung halaman ini, tidak lagi kembali ke Malaysia," katanya. Sementara itu, semakan BH mendapati, setakat 30 September 2024, pekerja Bangladesh mencatatkan jumlah paling ramai di negara ini, iaitu 934,542 orang atau 37.82 peratus dengan tumpuan dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. TKI pula menduduki tangga kedua dengan 595,811 orang atau 24.11 peratus dengan tumpuan dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu sektor domestik (pembantu rumah) serta pertanian. Pekerja dari Nepal seramai 399,514 orang pula tertumpu sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sumber : Berita Harian |
Skuau replied at 20-3-2025 05:38 PM
"saiya bukan buruh la abang..sini saiya mari meniaga la...abang mari sini mydin usj saiya kidai la"- ...
nusaraya replied at 25-3-2025 03:37 PM
Mengapa Thailand menarik warganya dari MalayDesh ?
Itu mudah dimengerti karena Thailand takutnya ...
Zezo replied at 24-3-2025 07:25 PM
Somehow kalau diberi pilihan.. indon ke bangla lagi baik?
B40tastePosh replied at 25-3-2025 03:53 PM
Sama sama kaki temberang, kena tengking kasi takut.
Kalau tak main main.
B40tastePosh replied at 24-3-2025 11:52 PM
Orang Thailand datang sini berniaga, salah guna permit....elok dihantar pulang....
Sama macam Ace ...
nusaraya replied at 25-3-2025 06:57 PM
FOTHER-MUCKER replied at 25-3-2025 07:06 PM
Mat indon tak boleh faham, mereka tak boleh nak bezakan pendatang haram VS memasuki secara sah.
FOTHER-MUCKER replied at 25-3-2025 07:13 PM
Selepas uk baru keluar brexit dahulu ramai warga Indonesia di hantar ke uk untuk menjadi pekerja pem ...
ADVERTISEMENT