CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hadir Beri Sokongan, Syed Saddiq Gelar Bella Astillah ‘Wanita Luar Biasa’ – “Saya Terhutang Budi”

20-3-2025 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6068| Komen: 24|Original author: Raline



bella-syed-4-630x388.jpg


Meskipun terlibat dalam prosiding rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sempat menitipkan ucapan penghargaan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Katanya, Bella seorang wanita yang luar biasa sekaligus mengucapkan terima kasih di atas kesudian Bella untuk hadir ke Mahkamah memberikan sokongan.

“Dia wanita luar biasa.

“Terima kasih dan saya terhutang budi,” katanya kepada pemberita.



Memetik laporan Harian Metro, Bella difahamkan hadir di perkarangan Mahkamah pada jam 8.50 pagi ditemani adiknya, Didi Astillah dan rakan baiknya.

Ketika ini, kira-kira 30 penyokong Ahli Parlimen Muar itu berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti proses rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana ARMADA.

Tambahnya, beliau sudah menunggu sekian lama untuk menuntut keadilan selepas disiasat sejak tahun 2020.

“Alhamdulillah tibanya juga hari ini. Saya berada di pintu Mahkamah Rayuan dengan penuh sifat bermuhasabah dan yakin untuk menuntut keadilan dan kebenaran.

“Saya tidak minta banyak, hanya kebenaran dan saya yakin bahawa institusi kehakiman yang saya hormati, pertahan dan martabatkan adalah jalan yang terbaik untuk membersihkan nama saya,” ulasnya.

Syed Saddiq sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November tahun lalu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana ARMADA.



Sumber: Harian Metro, xtra




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 19-3-2025 01:54 PM
Harap2 sekadar sempena vibe jual2 baju lah ya.

Moga lepas ni ko dah tak ada kerjasama lah dgn mj ni ya.
Quote dewi_rina 19-3-2025 02:31 PM
Aiyok, terhutang budi
Quote newyork 19-3-2025 02:47 PM
Tak malu lah ke takde ikatan apa2 gi sana.. adoila..
Quote MadameOnion 19-3-2025 03:49 PM
newyork replied at 19-3-2025 02:47 PM
Tak malu lah ke takde ikatan apa2 gi sana.. adoila..

reti malu ke masalahnya
Quote Yusrah 19-3-2025 03:53 PM
tak malulah tu. sibukkan dick sanggup pagi² bangun nak tunjuk support. anak makan sarapan entah tau ke tak
Quote ayukpingu 19-3-2025 04:17 PM
terhegeh2 si perempuan tu. padahal takde apa2 ikatan. adik pulak siap buat live. takde keje ke?
Quote vender 19-3-2025 04:21 PM
Bella mmg bontot besar ke atau sengaja jalan sambil kembangkan bontot masa nak masuk ke mahkamah tu?
Quote Glass_shoes 19-3-2025 04:25 PM
vender replied at 19-3-2025 04:21 PM
Bella mmg bontot besar ke atau sengaja jalan sambil kembangkan bontot masa nak masuk ke mahkamah tu? ...

Dia memang kena berpadding atas bawah 24 jam..Size ketet dgn bontot berubah ubah ikut size padding
Quote jambatannetizen 19-3-2025 04:34 PM
vender replied at 19-3-2025 04:21 PM
Bella mmg bontot besar ke atau sengaja jalan sambil kembangkan bontot masa nak masuk ke mahkamah tu? ...

Meh ramai2 tengok tiktok @stylefashionpv .

Yang viewers 103K itu. tengok tgh pakai padding. longgar situ, padding tk masuk kot

pastu time bellaaa salam cikgu, mata SS tgk ibu heolsss. Beriya iyaaa bellaaaa nambat hati keluarrga saddiq
Quote NazRysha 19-3-2025 04:59 PM
so kes ni cmna
ritu aku pergi lawatan ke penjara pokok sena
tgk jenayah rasuah punya sebat ek
kecik je rotan
ingatkan besar
haluih mcm rotan cikgu ngaji
Quote NazRysha 19-3-2025 04:59 PM
jambatannetizen replied at 19-3-2025 04:34 PM
Meh ramai2 tengok tiktok @stylefashionpv .

Yang viewers 103K itu. tengok tgh pakai padding. longg ...

depa betul2 bercinta ke nih
Quote noor2 19-3-2025 05:11 PM
Cantiknyaa Bella baju biru tu
Quote chandrahusin 19-3-2025 05:18 PM
Mengekor SS je si Bella ni
Byk betul masa dia
Quote sfrnna 19-3-2025 05:30 PM
makin lama makin menyampah pulak dgn dua ekor ni. kalau tak jadi ni memang aku cerca 7 keturunan sbb taktau malu
Quote slyfynx 19-3-2025 07:42 PM
Hadir beri sokongan, 'Bella wanita luar biasa'- Syed Saddiq

Thread dah ade la dey
Quote pocongkiutss 19-3-2025 08:44 PM
Bape bnyk nk bukak thread menate beghuk ni
Quote white-1musk 20-3-2025 04:43 PM
Muka tak malu, terhegeh hegeh????
Quote jalfa 20-3-2025 04:54 PM
Jangam.terhutang budi...nanti tergadai body ko dek.......
Quote Racun_Madu 23-3-2025 04:09 AM
dia pkai baju warna apa?? aduhh x kuasa nk check 1-1 takut mual

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.137333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top